Apakah Isi Hidangan Anda? Siri I

Setiap hari kita akan sentiasa memikirkan apa yang hendak dimakan? Mee goreng, Tom Yam Campur, Nasi Ayam Penyet, Donut Big Apple, Kek Aiskrim Baskin Robin dan macam-macam lagi.
.
Tapi berapa ramai antara kita yang menyemak kandungan makanan tersebut? Bagaimana pula dengan keperluan nutrisi hidangan tersebut?
.
Kita semua sama. Saya juga begitu. Tidak memikirkan apa keperluan untuk badan, lebih kepada memenuhi keperluan nafsu dan kegemaran semata-mata.
.
Sebab itu juga mungkin lambakan restoran makanan segera (fast food) yang sentiasa memenuhi citarasa kita. Ditambah pula dengan akses yang mudah seperti kewujudannya di tepi jalan, ataupun khidmat pandu lalu dan penghantaran terus ke rumah secara PERCUMA.
.
Berbalik kepada tajuk, apakah isi hidangan anda hari ini?
.
Jom sebelum makan, kita semak 6 jenis kumpulan makanan dalam pinggan anda, dan dalam bahagian yang mencukupi.
.
KARBOHIDRAT
.
Mikronutrien ini penting untuk tubuh yang sihat. Ia merupakan sumber tenaga utama tubuh dan menggerakkan seluruh sistem tubuh terutama sistem saraf pusat dan otak.
.
Menurut Klinik Mayo, ia juga bermanfaat dalam melindungi anda menentang penyakit.
Tips kesihatan : Pengambilan karbohidrat yang anda ambil itu penting. Sesetengah karbohidrat lebih baik daripada yang lainnya. Pilih keseluruhan bijirin, kekacang, dan sayur-sayuran serta buah-buahan yang kaya dengan fiber dan bijirin halus dan produk dengan gula tambahan.
PROTEIN.
.
Protein merupakan blok binaan utama kepada badan kita. Setiap sel, dari tulang ke kulit dan rambut kita mengandungi protein. Ia memainkan peranan untuk membina dan membaiki tisu badan kita.
.
Ia juga merupakan kunci utama pertumbuhan dan pengeluaran hormon, antibodi dan bahan-bahan penting lain yang terdiri daripada protein.
.
Protein diperbuat daripada beberapa rangkain asid amino yang berlainan. terdapat 20 asid amino dan 9 daripadanya tidak boleh dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
.
9 asid amino ini dipanggil Asid Amino Perlu dan kita mesti mendapatkannya dari diet harian.
.
Kita perlukannya untuk membolehkan tubuh berfungsi dengan baik.
Tips Kesihatan : Walaupun daging, ikan dan telur sumber protein yang baik, anda juga boleh dapatkan protein daripada sumber tumbuhan seperti soya. Pilih protein tumbuhan yang tinggi kualitinya, daripada sumber bukan GMO, dengan 9 asid amino perlu yang lengkap.
LEMAK.
.
Lemak penting pada tubuh kerana ia menyokong penyerapan vitamin dan mineral termasuk viamin A, D, E dan K. Lemak juga terlibat dalam pengeluaran hormon, penyeimbangan suhu tubuh, dan memberikan perlindungan organ dalaman.
.
Untuk kesihatan, pilih lemak baik seperti Asid Lemak Omega-3. Omega-3 berkhasiat dalam mengurangkan bengkak dan menyokong kesihatan otak, mata, jantung dan keseluruhan kesihatan tubuh.
.
Untuk info lanjut berkaitan, sila hubungi saya di talian 012-8693236 (whatsapp). InsyaAllah saya akan cuba membantu sedaya mampu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?