Tabiat Ibu Bapa Terhadap Anak Ketika Berkunjung Di Rumah Terbuka.

Muna Faizura menulis dalam Facebook nya mengenai Tabiat Ibu Bapa Terhadap Anak- Anak Ketika Berkunjung di Rumah Terbuka.

"To all DEFENSIVE PARENTS out there..sila laaaa digest dgn hati yang terbuka. (Ini merujuk kepada anak2 yang normal bukan autism)

Bila timbul isu anak2 “nakal” beraya kat rumah orang, geram pula tengok ada yg komen salahkan tuan rumah.

Kes Flat screen tV pecah : “Kenapa tak sangkut je tv?” - Ada la sebab tuan rumah tu tersendiri. Bukan semua rumah, TV tu letak kat area dinding. One of my friend letak TV atas rak dekat pembahagi ruang kayu antara ruang tamu & ruang makan. Faham?

Kes Ikan mati sbb overdose makanan ikan - “Kenapa tak simpan je makanan ikan elok2?” Guysss, kitaong pernah kena sutuasi ni 5-6 tahun lepas. Bila tengok je kanak2 macam excited nak bagi makan ikan, kitaong pantau lepas tu sorok bekas tu. masuk kejap je rumah, my sister dah jerit2 sebab kanak2 riang tu pegi kutip batu2 kecik tepi kolam, baling2 kat ikan tu pula! Dah nak suruh kitaong simpan semua batu2 tu pula ke??

Kes Kucing Mati dalam besen - memang sadis, dah la kucing duduk dalam bilik atas, pun tak selamat..nak salahkan apa pula? “Tuan rumah kena simpan baldi??”

Ni semua kisah yang diviralkan..byk lagi “untold story” dalam Whatsapp group masing2 kan..ataupun cerita turun temurun dari family. Benda ni dah lama berlaku tapi tgk mcm makin parah.

Anak2 adalah hasil didikan kite, jangan bagi alasan mudah “kanak2 memang nakal”
Fitrah mereka suka main & teroka. Tapi “permaian & penerokaan” mereka HARUS dipantau sebab akal mereka tak panjang lagi. Agak2 lama tak nmpk kelibat pegi cari. 5 min anak senyap je, pegi intai anak tgh buat apa. Jgn biarkan kanak2 unattended. Tu pun susah nak hadam ke? Anak2 adalah tanggungjawab kite, bukan tanggungjawab jiran/babysitter/orang lain.

Paling tak sedap dengar, ada yg cakap viral2 kisah2 mcmni, akan putuskan silaturrahim sebab semua simpan anak duk rumah je. Kurung anak2 yg “nakal” ni 🙄 

Dear Parents, pls la buka mata hati sikit..kenapa tak ambil jalan yang positif? Bila ada jemputan, dituntut untuk memenuhi jemputan. Makan2 & bual2 sejam dua..bila tgk anak dah start nak buat agenda masing2, cepat2 wrap up and balik. Tuan rumah pun faham bila bagi alasan anak2 dah abis tempoh “behave” . Tk susah kan?

Kite pun as an adult, behave la dengan cara yang betul..makan berpada2 supaya boleh pantau anak2 sekali. Ini time makan tak toleh kiri kanan ataupun mcam pengantin, nak makan beradap tanpa ganguan 😂 agak2 masih lapar, balik boleh drive thru mcd

Kite semua bukan perfect..terima teguran secara terbuka. Fikir2 kan lah..kenapa sekarang masyarakat kite makin ‘sakit’ .. kurang adab, kurang humanity, self centred people makin ramai .. sampaikan guilty conscience pun dah makin hilang 😞"
---
Apa yang boleh dibuat kesimpulan disini ialah dimana letaknya tanggungjawab sebagai ibubapa terhadap anak-anak?
.
.
Tepuk dada tanya selera. Semoga kita semua dapat jadikan pengajaran dan ambil iktibar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?