Apa Isi Hidangan Anda? Siri II

Baiklah hari ni saya sambung lagi 3 jenis kumpulan makan dalam makanan kita yang perlu kita semak.
.
Kita perlu makanan yang seimbang untuk nutrisi dan keperluan badan. Bukan makan sekadar memenuhi keperluan nafsu dan citarasa masing-masing.
.
Sebelum ini saya sudah terangkan 3 daripada 6 jenis kumpulan makanan iaitu Karbohidrat, Protein dan Lemak.
.
Dan hari ni saya sambung 3 lagi iaitu Vitamin, Mineral dan Air.
.
VITAMIN.
.
Vitamin merupakan mikronutrien yang terlibat dalam semua proses fisiologi. Terdapat 13 vitamin penting yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan baik termasuk Vitamin A, C, B6 dan D.
.
Setiap vitamin memainkan peranan penting pada tubuh dan kekurangnnya boleh menyebabkan kesihatan kita terganggu dan berkemungkinan boleh berisiko menghidap penyakit. Ia juga penting untk kesihatan penglihatan, kulit dan tulang.
.
MINERAL.
.
Mineral merupakan satu lagi jenis mikronutrien yang penting untuk kesihatan tubuh. Ia memainkan peranan dalam tubuh seperti membinar tulang dan gigi yang kuat.
.
Ia juga terlibat dalam proses metabolisme, dan memastikan tubuh berada pada tahap hidrasi yang baik. Antara mineral penting yang biasa diperlukan tubuh adalah kalsium, zat besi dan zink.
.
AIR.
.
Kita boleh bertahan berminggu-minggu tanpa makanan. Namun adakah kita tahu bahawa tanpa air kita hanya akan bertahan beberapa hari sahaja!
.
Air ini merupakan asas untuk hidup dan kira-kira 60-70% kandungan tubuh kita terdiri daripada air. Elemen penting ini bertindak sebagai penyokong, menyahtoksin dan menghantar nutrien kepada sel.
.
Pengambilan air yang mencukupi dapat membantu meningkatkan tahap tenaga, tumpuan dan menyokong prestasi fizikal dengan lebih baik.
.
Inilah 6 nutrien penting yang diperlukan oleh kita. 6 nutrien penting ini adalah untuk kebaikan kesihatan dan kehidupan.
.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), nutrien-nutrien ini mestilah ada pada diet harian kita dan amat penting pada tubuh kita untuk membantu mencegah penyakit, pertumbuhan dan kesihatan yang baik.
.
Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua dan kongsikan kepada orang sekeliling. Sebagai balasan, tolong komen di bawah ini sebarang komen dan penambahan untuk perkongsian maklumat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?