Anemia : Rawatan & Kesan

Ujian makmal
Anemia kekurangan zat besi ini dikesan melalui beberapa  ujian darah. American Academy of Pedaitrics (AAP) mencadangkan agar semua bayi perlu menjalani ujian saringan anemia kekurangan zat besi apabila mencapai usia 9 – 12 bulan. Mereka yang mempunyai risiko tinggi perlu mengulangi ujian saringan ini bila mengalami tanda-tanda anemia.
Ujian-ujian yang diperlukan ialah:

Complete blood count (untuk melihat kadar hemoglobin dan parameter lain)
Ujian zat besi termasuk serum zat besi, serum ferritin dan kapasiti untuk mengikat zat besi
Kadar hemoglobin normal mengikut umur


.
.
Rawatan
Rawatan untuk penyakit anemia kekurangan zat besi ialah dengan pengambilan zat besi tambahan dan juga makanan yang kaya dengan zat besi.
Makanan yang kaya dengan zat besi termasuk :
  • Ayam
  • Kekacang seperti kacang merah dan kacang pea
  • Ikan
  • Daging (hati merupakan bahagian yang kaya dengan zat besi)
  • Jem kacang
  • Kacang soya
  • Roti
  • Oat
  • Kismis
  • Sayuran hijau seperti bayam

Sumber: http://www.medindia.net/

Doktor selalunya akan memberi “syrup Ferrous Ammonia Citrate” untuk meningkatkan zat besi. Sekiranya rawatan yang diberikan gagal untuk merawat anemia, beberapa faktor perlu diambil kira seperti :
  • Tidak mengambil ubat yang diberi
  • Dos ubat kurang dari yang diperlukan
  • Masalah dengan penyerapan zat besi dalam badan
  • Diagnosa yang salah
Kesan
Dengan rawatan penyakit ini boleh dirawat sepenuhnya dan tiada komplikasi serius tetapi tetap bergantung kepada sebab-sebabnya.

Bila perlu berjumpa doktor?
Apabila mempunyai tanda-tanda anemia

.
.
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/anemia-kekurangan-zat-besi/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?