Anemia : Cara Mencegah

Cara mencegah
Risiko untuk mendapat anemia kekurangan zat besi boleh dikurangkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi.
Selain itu digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C kerana vitamin C dapat membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik.

Makanan yang kaya dengan vitamin C antaranya ialah :
  • Broccoli
  • Limau gedang
  • Kiwi
  • Sayuran hijau
  • Tembikai
  • Oren
  • Cili
  • Strawberi
  • Tangerin
  • Tomato

Sumber: http://www.theluxuryspot.com/10-best-vitamin-c-foods-that-arent-citrus/

.
.
Bagaimana untuk mengelakkan anemia kekurangan zat besi?
Untuk mengurangkan risiko kekurangan zat besi adalah penting untuk memastikan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi dengan cukup. Pastikan bayi berumur 6 bulan ke atas ditambah dan diperkenalkan dengan makanan yang kaya dengan zat besi. Selain itu ibu bapa harus memastikan kanak-kanak berumur lebih dari satu tahun untuk tidak mengambil susu secara berlebihan (> 24 auns sehari). Pengambilan susu yang berlebihan ini akan menyebabkan tiada ruang untuk makanan yang kaya dengan zat besi.

Rujukan :
  1. Iron and iron deficiency. U.S. Centers for Disease Control and Prevention. http://www.cdc.gov/nutrition/everyone/basics/vitamins/iron.html. Accessed Sept. 11, 2013.
  2. Brittenham GM. Disorders of iron homeostasis: iron deficiency and overload. In: Hoffman R, Benz EJ Jr, Silberstein LE, et al., eds.Hematology: Basic Principles and Practice
  3. Paediatric Protocols for Malaysian Hospitals – 3rd Edition. Hussain Imam Hj Muhammad Ismail, Ng Hoong Phak, Terrence Thomas.
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/anemia-kekurangan-zat-besi/
.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?