Penyakit Mental Semakin Parah

Malam ni agak kurang sesuai untuk membebel kan. Tapi selagi ada masa dan ruang untuk menulis, apa salahnya.
.
.
Takut bertangguh lupa pula akhirnya terbiar.
.
.
Sejak akhir2 ini, penyakit mental antara penyakit berbahaya yang menular di kalangan masyarakat kita.
.
.
Apa tidaknya, tangisan anak, bebelan pasangan suami/ isteri , teguran cikgu/mentor/ orang tua tidak lagi dianggap sebagai hiburan. Ianya bukan lagi suatu yang positif dan diambil sebagai pembakar semangat. Sebaliknya dianggap sebagai menghukum dan memadamkan semangat.
.
.
Itu yang jadi tekanan tu. Bila tekanan macam2 perkara pelik dan diluar batasan akal berlaku.
.
Penyakit mental ni dianggap sebagai kes terpencil. Sedangkan ianya berbahaya kerana tiada simptom atau tanda2 kita sedang mengalami penyakit mental ni.
.
Lebih parah, kita lebih selesa menganggap hiburan dari alam maya seperti internet, facebook, youtube dan pelbagai lagi aplikasi telefon pintar seperti smule dan terbaru tiktok sebagai hiburan yang menyeronokkan.
.
Berpada-padalah kita menjadikan sumber ini sebagai pengganti bunyi semulajadi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?