Anemia : Maksud dan Tanda-Tanda

Apa itu anemia kekurangan zat besi?

Anemia ialah satu keadaan di mana badan kekurangan sel darah merah. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Terdapat banyak jenis anemia dan iron deficiency atau anemia disebabkan kekurangan zat besi adalah yang paling sering berlaku di kalangan kanak-kanak.

Anemia akibat kekurangan zat besi terjadi apabila tubuh kekurangan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang bermutu. Zat besi merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah.

Kekurangan zat besi mengakibatkan badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin (Hb) iaitu protein penting dalam sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh badan.

Ini mengakibatkan badan kekurangan sel darah merah dan akan mengalami tanda-tanda seperti pucat dan mudah keletihan (gambar 1 & 2).
Gambar 1: Bilangan sel darah normal
Gambar 2: Bilangan sel darah yang kurang dalam anemia
Apa yang menyebabkan kurang zat besi?
Terdapat beberapa sebab kekurangan zat besi dalam badan iaitu :
  • Kehilangan darah
  • Kurang bekalan zat besi dalam badan
  • Kurang kebolehan untuk penyerapan zat besi
Kanak-kanak mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi. Bayi dan kanak–kanak yang mempunyai risiko yang tinggi ialah di kalangan kumpulan yang berikut :
  • Bayi yang dilahirkan pramatang (awal 3 minggu dari tarikh dijangka bersalin) dan juga bayi yang kurang berat badan (<2.5kg)
  • Bayi yang minum susu lembu sebelum berumur 1 tahun
  • Bayi yang menyusu badan dan tidak diberi makanan yang kaya dengan zat besi apabila mencapai umur 6 bulan.
  • Bayi yang minum susu formula yang tidak diperkaya dengan zat besi
  • Kanak-kanak berumur 1-5 tahun yang minum susu formula, susu lembu, susu kambing atau susu soya lebih dari 24 auns (710 milliliter) sehari
  • Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti jangkitan kronik ataupun regim pemakanan yang ketat.
  • Kanak-kanak berumur 1-5 tahun yang terdedah kepada plumbum
  • Kanak-kanak yang mempunyai masalah kecacingan
Remaja perempuan juga berisiko tinggi untuk mendapat anemia kekurangan zat besi kerana mereka kehilangan zat besi semasa haid.
Tanda-tanda
Pada peringkat awal kesan kekurangan zat besi tidak ketara dan jarang disedari. Lama-kelamaan tanpa rawatan, anemia menjadi lebih teruk dan kesannya akan mula dirasai. Tanda-tanda kekurangan darah selalunya ialah:
  • Merasa cepat letih lebih dari biasa
  • Merasa mudah marah
  • Pening kepala
  • Sukar menumpukan perhatian/berfikir
Bila anemia semakim teruk, lebih banyak tanda akan dialami seperti :
  • Mata putih kelihatan kebiruan
  • Kuku menjadi rapuh dan senang patah
  • Keinginan untuk makan ais atau yang “bukan makanan” (pika) seperti plastik
  • Berasa pening apabila berdiri dari posisi duduk
  • Kulit menjadi pucat
  • Sesak nafas
  • Lidah merasa pedih
  • Degupan jantung yang cepat
.
.
sumber : http://www.myhealth.gov.my/anemia-kekurangan-zat-besi/ 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?