Kenapa ESP Shaklee Jadi Pilihan Berbanding Produk Soya Lain?

Sejak akhir2 ni..ramai sangat yang bertanya dan meragui khasiat ESP dan menyamakan dengan sumber soya biasa..di sini saya buat sedikit rumusan dan pemahaman supaya setiap kita yang ambil ESP mengambilnya dengan ilmu dan dengan ilmu itu baru kita yakin dan bila yakin baru la khasiatnya akan betul2 menyerap dan diserap sepenuhnya oleh badan dan memberikan hasil yang kita inginkan. Makan tanpa ilmu tidak bermakna apa2 malah akan memberi impak yg tidak bagus sebab kita akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan kita tidak mendapat khasiat yang sepenuhnya dari apa yg kita makan dan ambil.



ESP ialah protin..kenapa protin penting?
  • Sebab Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibodi, enzim, hormon, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.

  • Apa yang BEST tentang ESP ? merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif, disamping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
  • ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama supplemen-suplemen lain akan membantu penyerapan yang lebih baik semua supplemen yang kita ambik, cepat menyerap dan kesan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil bersama ESP.
Kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa? 
7 KRITERIA PENTING ESP :


INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline untuk memilih suplemen SOY PROTEIN
  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik~ Kenapa kacang soya mesti ditanam secara organik, sebab kajian penananam secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan, dan dari segi kajian sudah terbukti ada hubungkait antara kanser dan nitrates. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides, dan herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran kacang soya ini.
  • Kacang Soya mestilah Non GMO (tak dihasilkan secara genetik)~Kenapa protein soya mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..kacang soya yang dari jenis genetik ini adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural) dan kebanyakan syarikat akan mencari cara untuk menjimatkan kos, dan semestinya menggunakan kacang soya yang dihasilkan secara genetik. Dr. Louis J. Pribyl, seorang saintis dari Brazil menekankan berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan.
  • Protein Soya mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting. Badan memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, enzim. Jika salah satu daripada asid amino ini hilang, sistem imun badan akan berkurangan sehingga 30% dan banyak lagi fungsi penting dalam badan akan tertangguh ataupun berhenti.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dengan ALKOHOL -Alkohol tu haram yelah satu hal juga, tapi kalau dicuci dgn alkohol, ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko kanser paru-paru dll. Isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.
  • Bahan anti-tyrosine /anti-growth substance mesti disingkirkan- Soya yang mentah mengandungi "anti-growth","anti-tyrosine" substance. Sedangkan kekurangan bahan-bahan ini akan menyebabkan tekanan darah rendah, suhu badan yang rendah, dan sindrom kaki resah. Cari jenama yang menggunakan proses mengekstrak yang membuang bahan ini, namun mengekalkan soya dalam bentuk mentah bagi mengekalkan tahap tertinggi ASID AMINO dan isoflavon yang amat sensitif kepada haba.
  • Proses pembuatan protein soya sebaiknya tanpa pemanasan- Asid amino sangat sensitif dengan suhu yg panas. Dalam beberapa kajian, memasak protein memusnahkan sehingga 50% daripada sesetengah asid amino. Jika seorang individu secara konsisten memakan makanan yang kurang asid amino yang penting, menghasilkan pembangunan yang tidak mencukupi kepada otak dan hormon, atau lain-lain pembangunan tisu badan.
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur kalsium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yg demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam soya protein untuk meneutralkan kembali serbuk soya itu. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium.
sumber: http://www.mamafaiz.com/2011/01/cara-memilih-soy-protein-yg-berkualiti.html

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular