Atasi Gastrik Dengan Peppermint-Ginger Shaklee

Macam-macam ubat dan petua diberikan untuk mengatasi gastrik. Ada ubat diberikan doktor untuk mengubat tapi bukan merawat. Gastrik tetap akan datang bila sampai waktunya. Semuanya terpulang pada kita. Apa kata cuba atasi gastrik anda dengan Peppermint-Ginger Shaklee.



Apa perbezaan Shaklee?
Kombinasi 4 herba iaitu Daun Pudina, Halia, Pokok Adas (fennal) dab Cekur Manis (anise) dari Barat dan Timur, dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.

Manfaat Utama
Pudina
Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

Halia
Masyarakat cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit hadi , loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang). Satu kajian di UK, menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita.; penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat, mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/ pengembaraan.

Pokok Adas (fennal)
Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga, ia dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

Cekur Manis (anise)
Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa; melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

Pengedar Shaklee kami berada di sekitar Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan dan Kota Kinabalu. Hubungi saya untuk maklumat lanjut berkaitan sebarang produk Shaklee : 012-8693236

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?