Tingkatkan Kesihatan Anda; Shaklee Terbaik

Pilihan yang kita buat hari demi hari merupakan peranan yang penting dalam membentuk kesihatan akan datang. Kajian saintifik mengesahkan yang mengawal berat badan, makan secara seimbang dan sihat, pengambilan makanan tambahan yang baik dan kurang terdedah kepada bahan kimian serta toksin di rumah dapat mengurangkan risiko kesihatan di masa depan. Shaklee adalah pilihan semulajadi yang selamat, produk yang terbukti berkesan untuk membantu mencipta masa depan yang lebih sihat untuk diri anda juga bumi ini.


Sekarang ni terlalu banyak suplemen yang dipasarkan. Kebanyakan suplemen ini berdiri hanya melalui testimonial 'pengguna' yang tidak diyakini akan kewujudannya. Bahkan ada khabar yang mengatakan gambar-gambar dieksploitasi hanya untuk mengaburi pelanggan. Selain itu, harga yang ditawarkan juga kadang-kadang jauh lebih murah. Bukan saya katakan semua produk yang murah itu tidak bagus dan tidak berkualiti. Namun, kebanyakan produk suplemen yang dijual dengan harga yang murah ini disebabkan kos penghasilannya yang tidak melalui kajian atau penghasilan yang bersih dari bahan-bahan kimian yang berbahaya. Kesannya tidak kelihatan sekarang, namun pada masa akan datang.

Oleh itu, saya sebelum ini tidak percaya juga dengan suplemen. Saya merasakan suplemen hanya untuk orang kaya. Sebaliknya mentaliti sebegini telah berubah bila saya diperkenalkan dengan Shaklee. Shaklee berbicara melalui hasil. Hasil diperolehi dengan pengamalan Shaklee yang mudah dan tidak terikat.

Apa yang saya suka tentang Shaklee ialah konsep Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam. Seperti yang Dr.Shaklee katakan, "Memandangkan manusia adalah sebahagian daripada isi alam, sudah tentulah kewujudan kita juga amat bergantung kepada produk berasaskan alam semulajadi.

Apa yang dimaksudkan dengan:-
Sentiasa Selamat - Lebih 350 ujian dijalankan pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya dan 100,000 ujian kualiti setahun untuk memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar.

Sentiasa Berkesan - Keberkesanan produk Shaklee diterbitkan melalui penerbitan lebih daripada 100 bahan kajian. Kajian pada tahun 2007 menunjukkan bahawa pengguna yang mengambil Shaklee selama lebih 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil sebarang suplemen.

Sentiasa Mesra Alam - Selama 55 tahun, Shaklee menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar, daripada mencipta satu daripada pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah kepada pengiktirafan sebagai syarikat pertama yang diiktiraf sebagai Climate Neutral bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau.Kemesraan Alam ini bukan sahaja untuk diri kita sebagai pengguna, tetapi kediaman dan sekeliling kita.

Akhir sekali, Shaklee ada apa yang mereka diluar sana inginkan. Seperti misi Shaklee, Kami memberikan kehidupan yang lebih sihat kepada setiap insan dan kehidupan yang lebih baik kepada sesiapa jua.

Artikel ini dipetik daripada : Panduan Produk 2013.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?