Azam dan Komitmen

Petang tadi singgah blog Tuan Hj. Zulkifli Shafie yang terkenal pakar dalam kewangan dan emas.

Tertarik dengan pengalaman beliau bila berazam untuk terbitkan buku di tahun 2016 tetapi sehingga bulan September masih belum bermula dengan alasan sibuk.

Tetapi dalam tempoh 3 bulan terakhir boleh pula tercapai azam menerbitkan buku kerana Komitmen. Beliau memberikan komitmen dengan guru beliau.

Menarik kisah ini. Dan aku percaya azam dan komitmen perlu seiring. Dalam Islam juga menekankan tentang Azam , Usaha , Berdoa dan Tawakal.

Semoga saya diberikan kekuatan tahun ini untuk lebih komited.

Owh ya semalam saya sudah gagal percubaan menghasilkan 5 post di blog ini. Hanya 3 dapat dihasilkan di jam terakhir semalam.

Bahkan hari ini saya baru post 1 post sedangkan jam sekarang menunjukkan jam 5.32.

Hari ini saya perlu hasilkan 7 post sebagai ganti 2 post yanh tertinggal semalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?