Mindset Bebas Hutang

Kali ni kita cerita pasal hutang. Hutang ni macam kudis. Makin digaru makin sedap. Tapi akhirnya makan diri. Bahkan meninggalkan bekas dan parut. Ada bekas yang tidak dapat disembunyikan. Maka hadapi saja dengan tenang.

Semua suka dengar bebas hutang bebas hutang. Tapi adakah suka saja sudah mencukupi? Adakah kita berusaha untuk mengatasinya? Atau kita banyak menggunakan teknik tutup lubang gali lubang. Tutup hutang sini buat hutang sana.

Kalau saya yang bicara tentang bebas hutang, adalah tidak wajar kerana saya juga masih dibebani dengan hutang.

Seorang pakar bebas hutang Hj Mohhd Zulkifli Shafie ada menulis di facebook tentang Mindset Bebas Hutang ini.

-----------------------
MINDSET BEBAS HUTANG
-----------------------
.
Buat hutang tempoh lebih 10 tahun, tapi nak cari teknik ajaib supaya dapat langsai dalam tempoh yang singkat. Itu tak logik. Mindset yang betul untuk bebas hutang:
.
(1) Semua hutang tu tetap perlu dibayar.
.
(2) Ia dibayar dengan DUIT & HARTA SENDIRI juga. Tak ada teknik langsai hutang tanpa sentuh duit dan harta sendiri.
.
(3) Kalau nak cepat langsai, JUAL HARTA yang ada dan bayar hutang. Itupun kalau ada harta.
.
(4) Kalau harta tak cukup, kena cari duit extra untuk bayar hutang; KURANGKAN PERBELANJAAN yang bukan keperluan. Pendek kata, kalau tak ada benda tu, kita masih boleh hidup.
.
(5) Kalau dah tak boleh kurangkan perbelanjaan, tak ada jalan lain, mesti TAMBAH PENDAPATAN. Cari kerja yang lebih baik atau buat side income.
.
Kena sabar. Lama-lama hutang tu tetap akan langsai juga. Bila dah langsai semua, duit ansuran hutang dulu JANGAN SENTUH kecuali untuk tambah harta hingga harta itu dapat menjana passive income melebihi kos sara hidup.
.
Waktu tu, kita sudah jadi seorang yang bebas kewangan dan dibayar untuk buat apa yang kita suka. Bukan lagi kerja kerana terpaksa bekerja.... InsyaAllah.
.
#motivasikewangan #zerohutang #bebaskewangan #tipskewanganperibadi #mindsetbebashutang

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?