Taska AlBaghdadi Playtime Centre (APC) Kolombong 2017

🎈🎈🎈PENGAMBILAN PELAJAR TASKA ALBAGHDADI PLAYTIME CENTRE (APC), KOLOMBONG 2017.🎈🎈🎈

Taska Al-Baghdadi Playtime Centre yang kini melebihi 200 cawangan seluruh Malaysia akan dibuka di Taman Nountun Juta, Kolombong, Kota Kinabalu. Sehubungan itu, pihak kami mengalu-alukan ibubapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang berusia 3,4,5 dan 6 tahun.

Apa itu APC?
Al Baghdadi Playtime Centre (APC) merupakan sebuah program prasekolah berasaskan Al Quran yang dirangka khusus bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam semasa. APC menerapkan 50% pembelajaran Al Quran dalam sesi pembelajaran. APC dihasilkan berteraskan 2 program utama Al Baghdadi iaitu Teknik Al Baghdadi (Asas Bacaan Al Quran) dan NADI Al Baghdadi (Hafazan Al Quran Al Baghdadi). APC juga menerapkan pembelajaran akademik seperti Teras Bahasa, Teras Kognitif dan Teras Akhlak. Pendidikan Prasekolah Al Quran dan Pra Tahfiz Nadi Al Baghdadi adalah satu usaha berterusan ke arah membina generasi Al Quran yang mampu mempelajari Al Quran seawal usia empat tahun dengan meningkatkan keupayaan membaca, menghafaz dan memahami ayat Al Quran dengan teknik yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan. Teknik Al Baghdadi telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records serta telah terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara 2013.

Selain kelas sepenuh masa atau setengah hari. Kami juga menyediakan modul transit untuk anak-anak yang berumur 3 hingga 12 tahun yang bersekolah di sesi pagi dan ingin menyambung pembelajaran Al-Quran pada sebelah petang. Selain itu kami turut menyediakan kelas al-Quran hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad (9.00 hingga 11.00 pagi) dengan bayaran yang sangat berpatutan. Di APC, pembelajaran yang sistematik, praktikal & menyeronokkan serta guru-guru yang terlatih adalah keutamaan kami. Taska kami terletak di lokasi strategik, setiap kelas dilengkapi dengan penghawa dingin dan sistem CCTV untuk keselesaan serta keselamatan anak-anak anda.

Sesi pembelajaran bermula 23 Januari 2017.
Berikut merupakan 6 pakej yg ditawarkan bagi sesi 2017:
1. Pakej A (Satu Hari)
(7.30am - 5.30pm)
2. Pakej B (Setengah Hari)
(7.30am.- 2pm)
4. Pakej C
(12.30pm - 5.30pm)
6. Pakej D (Mengaji al-Quran)
Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja
(7.00pm - 9.00pm)
*Sekolah buka seawal 6 pagi dan tutup pd jam 6ptg.

DAFTAR ANAK ANDA SEKARANG. TEMPAT ADALAH TERHAD.

Untuk maklumat lanjut hubungi : 013-8860787 (Puan Roziana-Pengusaha APC Kolombong).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?