Penuaan Yang Sihat

Anda ingin Nampak dan rasa seperti orang muda, namun hakikatnya usia tetap meningkat dan ketegangan yang berlanjutan, toksin dari sekeliling juga masalah kesihatan boleh mengakibatkan proses penuaan anda lebih awal dari sepatutnya.


APA PUNCA YANG MENDORONG PROSES PENUAAN INI LEBIH PANTAS DARI SEPATUTNYA DAN BAGAIMANA CARA UNTUK MENENTANG PROSES PENUAAN INI?

Kajian mendapati penuaan bermula dari sel anda. Kesihatan sel boleh dilihat dari penampilan dan juga bagaimana kita rasa, namun sel kita sering mengalami kerosakan akibat daripada terdedah kepada radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan komponen sel seperti DNA, dan merangsang keradangan, lantas menjurus kepada penuaan sel. Walau dari seringkas perbuatan seperti makan boleh mendorong kepada penghasilan radikal bebas.

Resveratrol dan polyphenols menunjukkan kemampuannya dalam menentang radikakl bebas menentang proses penuaan dari peringkat sel lagi. Kajian makmal turut menyarankan bahawa polyphenol yang dihasilkan dari campuran anggur muscadine, polygonum cuspidatum, lobak ungu dan Elderberri eropah mampu:

• Membantu sel anda untuk melindunngi serta membaiki DNA dan menentang radikal bebas

• Memperlahankan pembentukan protin perosak AGE  yang mendorong kepada penuaan sel

• Membantu merangsang kesihatan telomere yang  melindungi kromosom.

Penuaan sememangnya tidak dapat dielakkan, namun pilihan harian anda dalam menjaga kesihatan mampu untuk memperlahankan proses penuaan dan meningkatkan kemungkinan untuk anda menikmati kehidupan yang panjang, gembira serta lebih sihat.

Anda boleh memilih untuk mengambil pendekatan proaktif kepada penuaan dengan mengamalkan diet yang kaya dengan resveratrol dan juga polyphenols.
Nikmati peningkatan usia dan tampak serta rasa lebih muda, lebih lama.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?