Istimewanya Susu Ibu

Cantik tulisan ini. Saya kongsikan untuk tatapan pengunjung di sini dan juga masa depan.

Tulisan facebook oleh Abu Hannah.

Berbeza kalau emak yg sedang menyusu badan sakit dgn bapaknya yg sakit.

Kalau bapak tu demamlah contohnya, memanglah kena kuarantin drpd anak. Risau berjangkit kat anak pulak.

Tetapi kalo emak yg menyusu badan, x perlu kuarantin. Malahan kena lg kerap bg susu badan depa kat anaknya.

Ni lah istimewa susu badan. Makanan 3 dlm 1 utk anak yg langsung tiada kesan sampingan mahupun perasa dan pewarna tambahan.

Makanan, minuman dan imunisasi semulajadi badan.

Bila emak tu demam, terus jer mcm biasa bonding dgn anak. Sebab badan manusia ni sebenarnya canggih. Malahan lebih canggih lagi drpd semua jenis mesin dan komputer yg ada. Badan manusia adalah super komputer made by Allah Taala.

Bila badan emak tu demam, secara tidak langsung dlm darah si emak tu akan memghasilkan suatu sistem perlindungan semulajadi utk melawan virus demam dlm badan si emak.

Susu badan kan drpd darah. So, waktu itu, susu badan itu juga telah wujud didalamnya sistem perlindungan utk si anak pula.

Haaa..... Maknanya badan anak akan terlindung drpd dijangkiti demam si emak tadi. So dah ada shield semulajadi yg protect si anak.

Dan sistem perlindungan ini mendapat pengiktirafan yg terbaik iaitu Allah Taala.

Sebab tu, utk epmom pula, so masa ang pa demam, kalau boleh bg susu badan yg di pam sewaktu tempoh badan tu demam. Sebab nak capai gred susu yg ada sistem perlindungan.

Banyak lagi kedahsyatan perintah Allah tentang susu badan. Patutlah Allah sebut 3 tempat dlm Al quran berkaitan susu badan.

Penting rupanya.... Maknanya bukan sesaja ler ada dlm tu...

Kali pertama aku baca berkaitan susu badan, masa tu Hannah dlm kandungan 3 bulan. Aku terus cari dan cari dan cari. Tp bab susu badan jer.

Bawak isteri aku gi kelas Kak ice kat shah alam.  Aku duduk kat restoren Tam nasi ayam sambil baca lg buku pasal diet dan susu badan.

Sampai boleh dikatakan...

Susu badan ini, antara jalan aku mendekati Tuhan.

Banyak kebesaran Allah yg aku jumpa.

Paling best pasal susu badan. Xde teori logik yg aku jumpa. Semua x logik, cuma paksi pada yakin pada Allah dan terus usaha.

Bang.... Susu cair tu yg anak ko dan aku gila-gilakan sgt. Dah lah cair... X sedap lak tu. Keluar pun setitik2...

Dan terhasil drpd darah si ibu...

Ko bayangkan slps 2 tahun, agaknya berapa gelen darah bini ko yg masuk dan bersatu dlm badan anak ko?

Kau nak tahu getaran kekuatan bait kata dan doa si ibu?

Haaa.... Kat situlah dia.... Mahu bergoncang langit dan gunung bang dek doa si ibu.

Susu badan tu perjanjian darah utk besarkan seorg khalifah.... Sebab anak itu amanah. Dan susu itu nafkah. Dan ianya adalah perintah dari Zat yg Maha Memerintah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?