Teknik Komunikasi Menghantar Anak Ke Sekolah Kali Pertama

Musim persekolahan tahun 2017 kini bermula. Semua kesibukan telah dirasai sejak cuti sekolah lagi. Masing2 melengkapkan semua keperluan dari segi Baju seragam sekolah, peralatan alatulis, kasut dan beg. Tidak ketinggalan bagi yang baru pertama kali menghantar anak2 ke sekolah, botol air BARU, bekal makanan BARU, dan tidak ketinggalan juga ada yang pakai gajet BARU sebagai suapan untuk anak-anak yang cerewet kan.

Apapun TAHNIAH kepada semua ibu bapa yang menghantar anak2 sehingga depan pagar pintu sekolah ataupun setakat di pagar pintu rumah bagi yang menyewa bas sekolah.

Perjuangan tidak berhenti disitu. Ujian dirasai semasa berada di dalam kelas. Penyakit berjangkit "menangis" amat menggerunkan ibubapa. Beruntunglah kelas yang anak2 dalam kelas tu tidak menangis. Sebaik saja ada seorang yang menangis, drama air mata akan berlanjutan seluruh kelas. Bahkan ada sehingga kelas sebelah kelas sebelah dan seluruh sekolah. Hahaha. Inilah rutin hari awal sekolah.

Apapun terpulang dan bergantung dengan ibubapa untuk berkomunikasi dengan anak.

Seperti kami, percubaan kami setakat ini Alhamdulillah berjaya.

Farhan tidur seawal jam 9 malam supaya dia segar bangun awal pagi.

Jam 6 pagi : bangun dan mandi dengan air suam. Ini psikologi supaya anak tidak menjadikan alasan air sejuk untuk melengahkan masa untuk ke sekolah.

Jam 6.30 pagi : bersiap untuk bergerak dari rumah. Perjalanan ke sekolah dalam setengah jam.

Jam 7.00 - 7.30 pagi: masuk kelas ditemankan mumy nya sehingga keadaan Farhan stabil dan dia dapat menyesuaikan diri dengan kelas. Ini penting tetapi ramai ibubapa abaikan. Teori Maslow menekankan tingkat pertama adalah keselamatan. Anak2 tidak akan meragam sebaik mengetahui dia dalam keadaan selamat. Bayangkanlah selama 4 tahun, Farhan tidak pernah berjauhan dengan mumy nya, pasti keadaan ini agak membimbangkan kalau dia ditinggalkan dengan orang yang tidak dikenali.



Lepas tu tinggalkan anak2 ketika dia sudah selesa. Apa tandanya? Kalau anak balik2 mencari mumy nya, maksudnya dia masih belum merasa selamat. Tetapi jika dia sudah asyik dengan persekitaran dalam kelas, boleh lah ditinggalkan sekejap. Dalam masa yang sama, buat pemerhatian dari jauh (kita nampak dia, dia tidak nampak kita).


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?