Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Kajian Tentang Senyum

Hasil penemuan di Harvard Medical School mendapati senyum menjadikan seseorang mampu bekerja dengan lebih efektif.  Kajian penyelidik Universiti Kansas mendapati, orang yang banyak tersenyum memiliki kelajuan jantung yang normal dan kadar tekanan yang rendah.  Menurut pengkaji, otot muka terentu dapat memberi isyarat kepada otot bahawa anda bahagia ketika tersenyum.  Manakala untuk memperbaiki mood, penyelidik dari Universiti Southern Methodist menyarankan untuk menulis perkara-perkara baik yang dialami setiap hari. Sekali anda tersenyum, banyak kesan positif yang ditimbulkan. Ahli psikologi, Vera Itabiliana Hadiwidjojo, mengatakan saat tersenyum, bahagian otak yang mengatur emosi bahagia diaktifkan.  Dengan senyum, hormon pemicu stres berkurang, sementara hormon pembangkit mood meningkat. Kajian penyelidik Barat juga menunjukkan sekali senyuman menimbulkan efek rangsangan pada otak yang setara dengan efek anda makan 2,000 batang coklat.

Cerita Tentang TEH

Imej
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pengunjung blog JomSehatSekaki ini. Tanpa anda siapalah saya yang hanya anda kenal melalui catatan ini dan kalaupun kenal hanya berdasarkan gambar yang terselit di sebelah kanan catatan ini. Itulah saya. Berbalik kepada topik kali ini, saya baru membeli majalah kesihatan edisi bulan Mei yang memaparkan tentang TEH. Ya, TEH. Tahukah anda bahawa selepas air kosong, TEH merupakan minuman yang paling banyak diminum di seluruh dunia. Ia dikatakan antara paling sihat (tidak termasuk air kosong) berbanding yang lain. TEH tidak mengandungi sebarang zat mineral, vitamin, protein, karbohidrat, garam, kolestrol atau lemak. Kandungan kalori juga amat rendah iaitu hanya 2 kalori bagi setiap 237 gram. Selain itu, kebanyakan daripada kita jug sering disogokkan dengan kebaikan dan pelbagai khasiat teh hijau. Tetapi, manfaat kesihatan minum teh tidak terhad hanya kepada yang berwarna hijau sahaja. Mengapa? Ini kerana semua jenis te

Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea Shaklee

Imej
Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea Vita A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat. Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis. Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut. Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah. Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit. Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa me

Apa dia Water Retention

Imej
Apa dia 'Water Retention'? Pengekalan air (Water retention) juga dikenali dengan istilah yang lebih perubatan, edema itu. Ini adalah satu keadaan yang terhasil apabila kebocoran air ke dalam tisu badan daripada darah. Dalam keadaan biasa, cecair yang mengalir dari tisu badan melalui sistem limfa - rangkaian tiub seluruh badan yang membuang sisa dan bahan-bahan luaran, dan mengosongkan kembali ke dalam aliran darah. Masalah pengekalan air timbul apabila cecair tidak dikeluarkan oleh sistem limfa dengan betul, ia disimpan dalam tisu badan di mana ia menyebabkan bengkak (edema). Pengekalan air dalam badan adalah yang paling biasa di kaki dan kaki, tetapi ia boleh berlaku pada tangan, lengan, rongga abdomen (ascites) dan di sekitar paru-paru (dikenali sebagai edema paru-paru). Jenis-jenis Penahanan Air Terdapat dua kategori utama pengekalan air, edema umum dan edema setempat. Edema umum merujuk kepada bengkak yang berlaku di seluruh badan manakala edema setemp

Kenapa Matlamat Belum Tercapai - Siri III

TULIS MATLAMAT ANDA Ini AMAT penting. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya. Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapai kannya.  Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis Matlamat   anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa Matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat digenggam !  Ulasan:- Cuba anda ambil sebatang pen dan sekeping kertas yang BESAR. Ok, cuba senaraikan Matlamat hidup anda. Dalam setengah jam, berapa banyak Matlamat yang anda dapat buat. Saya sudah mencubanya, dan amat mengejutkan dalam setengah jam, saya masih berfikir apa yang saya

Shaklee Mengajar Saya Makna KESIHATAN

Imej
Assalammualaikum dan Terima Kasih kepada yang sudi singgah ke blog ini. Seperti yang anda maklum bagi yang pernah singgah sini, atau kepada yang baru tersinggah sini, blog ini saya bina khusus untuk mempromosikan saya sebagai Pengedar Bebas Shaklee khususnya di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu dan Telupid. Adik saya pula Pengedar Bebas Shaklee di UiTM Shah Alam.  Baik, emm.. apa mau tulis ni? Begini, saya bukan orang baru dalam bidang blog ni, saya bermula dengan blog Nota Suara Aku sejak tahun 2005. Pada masa itu, blog digunakan sebagai diari untuk saya rakamkan segala peristiwa yang berlaku disekeliling saya. Pada masa itu, saya masih bergelar Mahasiswa . Macam agung betul gelaran tu kan. Di dalam blog tu jugalah, saya mengenal beberapa blogger. Ada beberapa orang yang masih lagi berhubung sampai ke hari ini. Sehinggalah saya berhenti untuk beberapa ketika kerana tiada kelapangan. Dan tahun lepas, saya kembali dengan blog baru ini Jom Sehat Sekaki sebaik saja saya menandata

Kenapa Matlamat Belum Tercapai - Siri II

Keyakinan Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu” Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar! Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi. Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai. Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, m

Carotomax Shaklee - Formula 6 Karotenoid

Imej
Carotomax atau pun dulu dikenali sebagai Shaklee Beta Carotene adalah merupakan satu formula terbaru yang mengandungi 6 jenis karotenoid penting iaitu :- Astaxanthin Alpha Carotene Beta Carotene Lycopene Lutein Zeaxanthine Khasiat bagi setiap karotenoid di atas ialah :-   Astaxanthine – Pigmen di dalam alga dan fitoplankton yang memberikan warna pink ikan salmon. Shaklee menuai karotenoid astaxanthin daripada mikroalga laut, sumber yang poten dan tulin. Melindungi kerosakan oksidasi LDL (bad cholesterol)  Alpha Carotene – Untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan Beta Carotene – Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka. Mempertingkatkan sistem imun, mengurang risiko kanser usus, payudara dan prostat Lycopene – Bersifat antioksidan, menghalang penuaan organ. Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun. Mengurangkan penyakit kelenjar prostat Lutein – Menyekat katarak, AMD (age-related muscula

Vitamin B Paling Lengkap di Pasaran

Imej
Suplemen B-Complex Shaklee merupakan vitamin B paling lengkap di pasaran. Ianya kaya dengan Vitamin B seperti berikut: Vitamin B1 – menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma Vitamin B2 – Memproses asid amino dan lemak. Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic. Vitamin B3 – Membantu mengurangkan kolestrol di dalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar untuk menjadikan seseorang psyco/sakit mental Vitamin B5 – Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang Vitamin B6 - Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi. Vitamin

Bank Emosi

Apabila kita meminta bantuan terhadap seseorang, atau orang itu terlalu sensitif terhadap percakapan kita sehingga belum mahu memaafkan kita, jangan salahkan beliau. Cuba periksa akaun BANK EMOSI yang kita depositkan ke dalam hati beliau. Jika baki akaun kita sedikit, maka belum cukup tarikan kita untuk mendapat perhatian beliau.  Ia hanya bermakna belum cukup kasih sayang yang kita berikan.  Belum cukup masa yang kita habiskan untuk bersama. Belum cukup perhatian yangkita kongsikan untuk dia.Sebab itu, ada rakan yang tidak diraikan . Ada pasangan yang tidak memperduli sesama sendiri. Ada anak yang pesanan kita diderhakai..

Homosistein dan Penyakit Jantung

Imej
Homosistein suatu faktor Penyakit Jantung Ramai antara kita yang mengetahui bahawa kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes, merokok, kegemukan dan kurang bersenam adalah faktor yang dikaitkan dengan bertambahnya risiko penyakit jantung koronori. Sekarang, kajian klinikal telah mengenal pasti HOMOSISTEIN sebagai suatu faktor risiko yang penting. Apakah itu HOMOSISTEIN ? Homosistein adalah hasil metabolisma asid amino metionina. Metionina terdapat di dalam kesemua protin dan diketahui sebagai asid amino perlu., kerana ia perlu dibekalkan melalui protin diet harian. Metionina diperlukan oleh badan kita untuk pertumbuhan dan penyaraan sel-sel. Protin-protin daripada sumber haiwan seperti daging, telur dan susu kaya dengan metionina. Protin-protin daripada sumber tumbuhan seperti bijirin (beras), sayur-sayuran dan buah-buahan kurang mengandungi metionina. Bagaimana badan menyelenggarakan Homisistin pada paras yang selamat ? Semasa metabolisma berlaku dalam b

Kenapa Matlamat Belum Tercapai - Siri I

1. Keinginan Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamattersebut.  Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.  Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat.  Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut. Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

7 Tips Diet

MAKAN LIMA KALI SEHARI DALAM KUANTITI KECIL biasakan makan lima kali sehari, mengikut waktu yang betul dari bersarapan pagi,minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. tetapi awas pastikan makanan yang diambil dalam kuantiti yang kecil, serta pilih makanan yang bersesuaian dengan waktu makan anda. MINUM BANYAK AIR. anda perlu minum lebih banyak air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. ia akan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat. AMBIL LIMA SAJIAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN. buah dan sayuran dapat diambil sebagai snek di antara sarapan pagi dan tengah hari atau di antara waktu minum petang dan makan malam. MAKAN DUA HINGGA EMPAT SAJIAN PROTEIN SETIAP HARI.. . makanan sumber protein seperti ikan, produk susu, susu, telur, soya dan kacang-kacangan. KURANGI GULA. tambahkan gula secukupnya pada jus, gantikan minuman bersirap dengan air putih dan elakkan minuman berkarbonat. KURANGI MAKANAN SEGERA makanan segera mengandungi

Dua Musuh Utama Kita

Disiplin ialah ibu kunci kejayaan, tiada disiplin ialah ibu kegagalan. Ia menjadi sebab utama rancangan tidak dapat berjalan lancar, kekecewaan dan kemurungan dalam hidup. Ia hanya mendidik kita bagi membuat alasan, cepat berputus asa dan tiada keyakinan diri. Musuh kejayaan, kegembiraan dan kepuasan diri mungkin dapat dipecahkan kepada dua. Pertama adalah memilih jalan cepat, Keduanya pula adalah memilih faktor mudah. Memilih "jalan cepat" semakin menjadi tradisi masa kini. Ramai memilih perkara-perkara yang segera dan dijadikan keutamaan. Mereka tercari-cari cara cepat bagi menjadi kaya, sehingga terjebak dengan skim cepat kaya. Lama kelamaan mereka melakukan semua perkara yang segera. Kaya yang segera, hilang dengan segera juga. Tiada lagi sesiapa yang mahu membuat dengan cara yang alam yang memerlukan usaha untuk berjaya tetapi berkekalan. Memilih "faktor mudah" juga kian menjadi tradisi. Ia adalah unjuran daripada kegemaran memilih jalan cepa

Tidak Sarapan Minda Tumpul

Imej
Ibu berperanan penting galak anak bersarapan. Makan pagi berkhasiat asas kekal tenaga, kecergasan kanak-kanak SENARIO 1 : “MIMI tidak suka sarapan pagi. Kalau makan pagi dia mesti sakit perut. Selalunya lepas bangun tidur, dia akan terus ke sekolah. Lagipun tak sempat. Kami keluar rumah jam 6.45 pagi. Dia suka sambung tidur dalam kereta daripada makan,” kata Halimah ketika diaju soalan kenapa tidak menyediakan sarapan pagi untuk anaknya sebelum melangkah ke sekolah. Sarapan pagi bukan saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran. SENARIO 2 : “MUHAMAD pula suka makan nasi dan ketulan nugget ayam. Setiap pagi saya akan sediakan nasi lemak atau nugget. Yang lain dia tidak selera. Lagipun dia bukan dalam kategori lebih berat bad

Elak Hati Haiwan

WANITA HAMIL ELAKKAN MAKAN HATI HAIWAN Bagi wanita hamil, saya mencadangkan mengelakkan dari mengambil hati haiwan seperti hati lembu dan hati ayam dalam menu makanan. Ini kerana terdapat banyak dos vitamin A di dalamnya.  Ia akan menggangu perkembangan bayi dalam rahem. ~Kredit untuk Dr.Zubaidi

Cara Mencegah Hipertensi - Langkah Pertama Adalah Yang Paling Sukar

Bagaimana untuk mengelakkan diri daripada menjadi sebahagian daripada statistik pesakit jantung? Mengambil langkah pertama adalah sukar. Bagaimanapun, langkah pertama adalah untuk membuat perubahan-perubahan kecil. Kawal pengambilan NASI anda. Karbohidrat menyumbang kepada penyakit diabetes dan obesiti, yang secara langsung meningkatkan peluang anda mendapat tekanan darah tinggi. Dapatkan TIDUR yang secukupnya. Sekiranya anda berdengkur, anda berkemungkinan besar menderita dari apnea tidur, dan peakit ini berkaitan dengan tekanan darah tinggi. Elakkan membawa kerja perjabat pulang ke rumah atau di tempat tidur. MATIKAN tablet, telefon, televisyen dan lain2 peralatan kerana ia boleh menyebabakan kualiti tidur yang rendah. Rendahkan stres anda dengan mengawal kehidupan anda. Belajar untuk MENGURUS stres. Ini adalah kehidupan anda, Hiduplah dengan sepenuhnya. Suka garam? Ia TIDAK baik untuk kesihatan anda. Mula beri perhatian dan baca label yang tertera pada pembungkusan makanan d

Marah dan Tips Cadangan Cool Down

Kesihatan bukan sahaja melibatkan apa yang dimakan. Kesihatan meliputi fizikal dan mental. Indikator sihat fizikal boleh dikesan daripada suhu badan ataupun prestasi seharian samada aktif atau lemah. Tetapi untuk sihat mental, kadang-kadang kita tidak menyedari bahawa mental kita tidak sihat. Justeru, ini sedikit tip dan panduan untuk melegakan rasa marah kita. 1. Tarik nafas dalam-dalam. Setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila marah. Tip: Cuba tarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. 2. Mengingatkan diri anda sendiri Kita tidak dapat kawal kemaraha kerana kita tidak yakin pada diri sendiri. Bila marah, tiada siapa mampu mengawalnya melainkan diri sendiri. Tips: Ingatkan diri kita kesan daripada kemaraha kita. Sudah pasti negatif nya lebih banyak dari positif. 3. Fikirkan yang gembira Bila marah, yang difikir hanya pasal kemarahan, semua

Apa Kaitan Sakit Sendi dan Zat Mangan dan Kuprum?

Imej
Anda selalu mengalami sakit-sakit sendi? Anda mungkin memerlukan lebih zat mangan dan kuprum. Ini adalah kerana kedua-dua zat ini diperlukan untuk mengekalkan kesihatan sendi rawan dan fleksibiliti badan. Pengambilan supplemen zat ini boleh mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami. Apakah makanan yang kaya sumber zat mangan dan kuprum ini? Kekacang, daging, dan sayur bayam merupakan sumber yang baik untuk zat ini tetapi anda ia tidak akan mencukupi sekiranya anda hanya makan makanan tersebut. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil supplemen bagi memperolehi zat yang cukup untuk mengelakkan dan mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami. Apakah suplemen terbaik yang dapat memenuhi keperluan zat ini? Hubungi kami untuk mendapatkan Shaklee anda Irman Rahaban / Rodiyanah Ansau 012 869 3236 / 017 8322572 Pengedar Bebas Shaklee SID 878411

Apple atau Pear

BENTUK BADAN APPLE ATAU PEAR Orang yang berlebihan berat badan cenderung untuk masuk ke dalam dua kategori:  (1) "epal," yang membawa berat badan tambahan (lemak) mereka di sekitar pinggang dan perut, selalunya lelaki. (2) "pear," yang membawa berat badan (lemak) di bahagian pinggang dan paha mereka, selalunya wanita . Individu yang mempunyai bentuk badan seperti epal lebih mudah mendapat komplikasi penyakit jantung daripada orang berbentuk pear, sungguhpun kedua-duanya mempunya risiko untuk penyakit yang sama. (Kredit untuk Dr.Zubaidi Hj. Ahmad)

Falsafah Buah-buahan

Falsafah Buah-buahan 🍑🍌🌽🍍 🍐1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus. Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu. Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya. 2. Jadilah Pokok pisang. Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati. Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan. 3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong. Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri. Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya sama. 4. Jadilah ubi kayu. Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih. Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran. 5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan. Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak

Apa Kaitan Letih dan Vitamin B12?

Imej
Anda selalu berasa letih dan kurang bertenaga? Anda mungkin memerlukan lebih  vitamin B12. Vitamin ini boleh didapati di dalam makanan yang berasaskan haiwan. Vitamin ini membantu menyelia penghasilan metabolisma dan tenaga serta merupakan salah satu kunci untuk mengekalkan kesihatan otak dan sistem saraf yang baik. Keletihan merupakan tanda-tanda kekurangan vitamin B12 yang biasanya berlaku kepada mereka yang kurang makan makanan yang mengandungi protein haiwan. Pengambilan antasid untuk mengurangkan pedih ulu hati dan gastrik juga boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12 kerana ia menganggu penyerapan B12 ke dalam badan. Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan vitamin B12? Sekiranya anda kurang makan daging atau produk tenusu atau tidak mengambil supplemen B12, anda tidur 7 – 8 jam setiap malam, dan anda seorang yang aktif, jadi kekurangan tenaga anda adalah berpunca dari kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Cabaran Borneo International Marathon

Bulan Januari lepas, dalam watsapp grup, ada member promote tentang BIM ni. Lalu tangan pun gatal cari website dan secara tidak sengaja ter'register l pula. Sekarang ni tinggal berapa hari lagi untuk BIM pada 4 Mei. Training belum lagi ni. Ni lah cabaran bagi orang2 yang malas untuk riadah. Kena paksa diri untuk beriadah. Bukan semata makan suplemen, tetapi juga kena konsisten dan komited untuk beriadah. Sekarang ni terpulang kepada diri sendiri. Samada terus duduk dirumah atau rancang bila ingin mulakan training. Kawan2 dalam grup suda start psiko dengan selfie, track record, masa siap joging dan sebagainya. Tidak ketinggalan bincang kasut apa yang sesuai, teknik pernafasan dan teknik larian pun diambil kira. Suplemen untuk joging pun mereka share juga. Teringat pula Shaklee juga ada menyediakan minuman kesihatan tambahan yang sesuai untuk mereka yang bersukan. Saya akan amalkan Performance Drink daripada Shaklee.  Minuman ini juga diminum oleh atlet berkelas dunia. Pemena

Pendengar Yang Baik

Kita tahu kita banyak cakap. Kita ingin didengar. Namun kita juga perlu menjadi seorang pendengar yang baik. Tips ini diperolehi daripada kursus Internal Auditor. Pendengar yang baik ialah.. 1. Berikan respon. Respon ini berbentuk body language atau bahasa badan seperti mengangguk dan bersuara seperti emm, ya.. 2. Jangan menyampuk. Biarkan dia bersuara dan meluahkan segalanya. Kadang2 mereka bukan inginkan pendapat. Sebaliknya mereka hanya ingin didengar. Berhati2 dengan memberikan pendapat. Takut2 pendapat itu bertentangan dengan diri pengadu. 3. Eye Contact. Jangan kita sibuk tengok keliling, merenung tajam atau lebih teruk daripada itu kita layan Handphone di tangan sambil tersengih2. 4. Ambil nota. Ini tengok keadaan lah. Bukan semua perkara perlu dicatat ya. Kawan cerita sedih, tidak perlu kita catat kenapa dia bersedih dan sebagainya. Ambil nota ni sekiranya kita berada dalam mesyiarat atau kursus. Sekian, sedikit tips untuk dikongsi.

Air Kencing Gelap

AIR KENCING GELAP Jika air kencing kita berwarna kuning gelap, ini bermakna bahawa kita kekurangan air dalam badan (dehidrasi). Penghidratan adalah penting untuk mengekalkan badan yang sihat.Caranya mudah, dengan minum air secukupnya. Kurangkan minuman berkafeine dan soda (bergas). Banyakkan minum air mineral, teh herba atau teh hijau, air kelapa, atau jus buah-buhan. ~Dr.Zubaidi Hj. Ahmad~

Kenapa Pilih VitaLea Iron Formula daripada Shaklee?

Imej
Kenapa anda WAJIB pilih Vita-Lea Iron Formula multivitamin dan multimineral Shaklee? • Disokong 7 kajian klinikal • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan Vitamin B penting menghasilkan dan memelihara sel-sel baru • Shaklee menjalankan lebih 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan petensi produk.  TERBUKTI!!! Kajian Kemuncak SHAKLEE menunjukkan yang pengguna suplemen Shaklee dalam jangka masa panjang telah memberikan kesihatan yang lebih baik daripada pengguna multivitamin yang lain ataupun mereka yang tidak mengambil suplemen langsung.  BERTUKAR sekarang.  Hubungi kami untuk mendapatkan Shaklee anda Irman Rahaban / Rodiyanah Ansau 012 869 3236 / 017 8322572 Pengedar Bebas Shaklee SID 878411

Kepentingan Asid Folik Semasa Hamil

Imej
 Apakah asid folik?   Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik. Mengapakah saya perlukan asid folik? Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti  spina bifida.  Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.  Dalam masa  12 minggu  pertama  kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.  Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu  ke-13  kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanj