Cara Mencegah Hipertensi - Langkah Pertama Adalah Yang Paling Sukar
Bagaimana untuk mengelakkan diri daripada menjadi sebahagian daripada statistik pesakit jantung?
Mengambil langkah pertama adalah sukar. Bagaimanapun, langkah pertama adalah untuk membuat perubahan-perubahan kecil.
Mengambil langkah pertama adalah sukar. Bagaimanapun, langkah pertama adalah untuk membuat perubahan-perubahan kecil.
- Kawal pengambilan NASI anda. Karbohidrat menyumbang kepada penyakit diabetes dan obesiti, yang secara langsung meningkatkan peluang anda mendapat tekanan darah tinggi.
- Dapatkan TIDUR yang secukupnya. Sekiranya anda berdengkur, anda berkemungkinan besar menderita dari apnea tidur, dan peakit ini berkaitan dengan tekanan darah tinggi.
- Elakkan membawa kerja perjabat pulang ke rumah atau di tempat tidur. MATIKAN tablet, telefon, televisyen dan lain2 peralatan kerana ia boleh menyebabakan kualiti tidur yang rendah.
- Rendahkan stres anda dengan mengawal kehidupan anda. Belajar untuk MENGURUS stres. Ini adalah kehidupan anda, Hiduplah dengan sepenuhnya.
- Suka garam? Ia TIDAK baik untuk kesihatan anda. Mula beri perhatian dan baca label yang tertera pada pembungkusan makanan diproses. Bahan-bahan perasa kering juga tidak baik untuk anda. Anda selamat dengan mengambil 6g garam sehari- lebih kurang satu sudu makan. Ajinomoto? Lebih baik dielakkan langsung.
- Tidak boleh berhenti merokok? Rokok elektronik yang diuar-uarkan dulu kini banyak menerima publisit buruk kerana ia juga mengandungi bahan-bahan toksik, walaupun tidak sebanyak rokok biasa. Cara terbaik adalah untuk berhenti membeli rokok. Dapatkan sebatang dua dari rakan-rakan. Lama-lama anda akan berhenti juga.
Ulasan
Catat Ulasan