Kenapa Matlamat Belum Tercapai - Siri I
1. Keinginan
Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah
keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu
mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam
keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamattersebut.
Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi
hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua
cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.
Punca utama
seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada
kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan
mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat.
Keinginan
akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.
Tanpa
keinginan, matlamat tidak akan tercapai.
Ulasan
Catat Ulasan