Kajian Tentang Senyum
Hasil penemuan di Harvard Medical School mendapati senyum menjadikan seseorang mampu bekerja dengan lebih efektif.
Kajian penyelidik Universiti Kansas mendapati, orang yang banyak
tersenyum memiliki kelajuan jantung yang normal dan kadar tekanan yang
rendah.
Menurut pengkaji, otot muka terentu dapat memberi isyarat kepada otot bahawa anda bahagia ketika tersenyum.
Manakala untuk memperbaiki mood, penyelidik dari Universiti Southern
Methodist menyarankan untuk menulis perkara-perkara baik yang dialami
setiap hari.
Sekali anda tersenyum, banyak kesan positif yang ditimbulkan. Ahli
psikologi, Vera Itabiliana Hadiwidjojo, mengatakan saat tersenyum,
bahagian otak yang mengatur emosi bahagia diaktifkan.
Dengan senyum,
hormon pemicu stres berkurang, sementara hormon pembangkit mood
meningkat.
Kajian penyelidik Barat juga menunjukkan sekali
senyuman menimbulkan efek rangsangan pada otak yang setara dengan efek
anda makan 2,000 batang coklat.
Namun begitu, bukan semua senyum memberikan efek sedemikian kerana yang dimaksudkan ialah senyum yang tulus ikhlas.
Ulasan
Catat Ulasan