5 Cara Elak Cedera Semasa Latihan

Sedar tidak sedar sekarang sudah bulan keenam saya mengaktifkan diri dengan marathon ni. Boleh dikatakan saya semakin gemar dengan marathon ni. Marathon antara sukan yang senang tidak memerlukan kemahiran atau skil yang khusus. Peralatannya juga tidak terhad kepada sukan tersebut sahaja sebaliknya boleh digunakan untuk tujuan lain.

Namun bukan itu yang ingin saya kongsikan. Catatan ini bukan untuk diketahui umum, juga untuk saya ingatkan diri saya tentang Cara-Cara untuk mengelakkan diri dari cedera semasa latihan.

Panduan ini dikongsikan oleh Palu Newby Fraser yang juga dikenali sebagai Ratu Kejohanan Ironman Dunia di Kailua-Kona, Hawaii tentang kaedah mengelakkan kecederaan semasa latihan dilakukan.

Pertama
Jangan lakukan latihan jarak jauh dan kelajuan pada masa yang sama. Maksudnya disini jika hari ini anda berlari jarak jauh kurangkan kelajuan. Jika hari ini anda berlari jarak dekat lebihkan kelajuan. Kemudan selang-selikan latihan dan rehat. Jika hari ini anda berlari pastikan esok anda berehat dan begitulah selanjutnya.

Kedua
Kenal pasti kesakitan yang dialami dan biasakan dengannya.

Ketiga
Jangan sesekali tinggalkan sesi pemanasan badan dan penyejukan badan. Warm up dan Warm down la dalam Inggeris nya.

Keempat
Percaya kepada tubuh sendiri berbanding program latihan yang dijalankan. Jika anda tidak larat untuk berlatih maka berhentilah seketika.

Kelima
Jaga pemakanan dengan mengamalkan pengambilan makanan yang bernutrisi.

Itulah lima (5) nasihat dari pakar untuk dikongsi. Kalau anda rasa catatan ini bermanfaat, silalah kongsi kepada orang lain. Jika anda rasa ada yang perlu dibetulkan, tinggalkan komen anda untuk saya pertimbangkan.

Selamat Bersenam semua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular