Kalaupun Kita Menang HAKIKATNYA Kita Menanggung Kerugian
Dalam beberapa hari ni, semua maklumat cepat sampai lebih-lebih lagi dengan adanya aplikasi Watsapp ni. Tapi saya bukan suka sangat viralkan perkara-perkara mitos dan tidak pasti akan kebenarannya.
Saya lebih suka untuk simpan sendiri atau buat bodoh jika ada perkara yang tidak masuk akal. Tetapi kadang-kadang ada juga yang boleh digunapakai. Contohnya yang memberikan motivasi seperti di bawah ini.
Hayati dan gunakan dalam kehidupan seharian. Kerana kita bukan hidup sendirian. Kita perlukan sokongan dan dokongan orang sekeliling.
Selamat membaca.

KEMENANGAN DIPEROLEHI..TETAPI MEROSAKKAN PERHUBUNGAN
Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.
Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.
Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.
Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.
Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang
Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.
Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.
Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Justeru...baik jangan bergaduh...!
Ulasan
Catat Ulasan