Cara Memuaskan Menggunakan Basic H2 Shaklee - Pengedar Shaklee di Kota Kinabalu dan Seluruh Sabah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Pasti ramai sudah menggunakan Basic H2 Shaklee untuk kegunaan seharian samada di dapur, ruang tamu atau juga di tandas. Tidak kurang yang menggunakan Basic H2 Shaklee untuk mencuci sayur dan buah kan.

Namun pernah kah anda mengetahui kaedah dan cara yang betul menggunakan Basic H2 Shaklee?

Saya Pengedar Shaklee di Sekitar Kota Kinabalu dan seluruh Sabah akan menunjukkan cara yang betul menggunakan Basic H2 Shaklee untuk anda.

Agar penggunaan Basic H2 Shaklee akan lebih Berkesan, Selamat dan Mesra Alam Sekitar...

Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan
 
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Bagaimana? Sama tidak dengan cara dan penggunaan Basic H2 Shaklee anda di rumah atau dimana sahaja? Jika sama Alhamdulillah... dan jika tidak sama, anda masih sempat untuk mengubah agar kesannya akan kelihatan dengan lebih berkesan.

Selamat Mencuba..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular