Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Melukis Melegakan Stres

Melukis adalah antara banyak-banyak seni yang ada. Melukis kadang-kadang lahir dari diri sendiri secara semulajadi. Ada juga yang minat melukis dan akhirnya belajar seni lukis dan tidak kurang ada yang menjadikan melukis sebagai kerjaya. Melukis dikategorikan sebagai art therapy atau terapi melalui seni yang berupaya melegakan dan meringankan bebas otak. Dengan melukis juga dapat melegakan stres dan tekanan. Bagaimana ? Melukis membuatkan kita terpisah dari memikirkan hal-hal yang asalnya membuatkan kita stres. Adakala 5-10 minit dan tidak kurang sehingga berjam-jam. Sebaik selesai, fikiran kembali tenang dan kita akan dapat menyelesaikan masalah yang menyebabkan kita stres. jika anda stres atau tekanan, anda boleh mencuba produk nutrisi daripada Shaklee seperti B Complex untuk melegakan stres anda. Hubungi Pengedar Shaklee Sabah yang berhampiran dengan anda. Melukis juga seperti meditasi. Dengan melukis, firkiran akan tertumpu kepada lukisan yang berada di depan kita.

Zinc Complex dan ESP Membantu Atasi Rambut Gugur

Imej
Catatan ringkas pagi ni, testimoni berkaitan rambut gugur. Memang agak mengurangkan keyakinan jika kepala kurang rambut. Apalagi jika rambut yang tidak tumbuh hanya di beberapa tempat atau spot. Demikianlah yang berlaku dengan testimoni ini. Mengambil zinc complex dan ESP bermula tahun lepas dan Alhamdulillah rambut telah tumbuh di tempat yang selalu gugur. Jika anda ingin mendapatkan produk shaklee anda hari ini,  sila Hubungi Pengedar Shaklee yang berhampiran dengan anda. kami adalah Pengedar Shaklee Di Kota Kinabalu, Sandakan, Telupid, Lahad Datu, Tawau dan juga pengedar di seluruh negeri sabah dan WP Labuan. atau anda boleh terus menghubungi kami untuk produk shaklee yang lain.

Makanan Yang Membantu Berhenti Merokok

Imej
Pernahkah anda berfikir apa cara untuk membuatkan orang yang anda sayang berhenti merokok? Melalui makanan? Disiplin? Boleh dikatakan perkara yang paling penting ialah niat dan kesungguhannya untuk berhenti merokok. Disini saya senaraikan beberapa makanan yang boleh juga dapat membantu seseorang itu berhenti merokok. 1. Madu  Madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah. Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam darah. 2. Makanan Masin  Tahukah anda, makanan masin dapat memadamkan keinginan peghisap rokok. Apa yang perlu anda lakukan, cuba makan dalam kuantiti yang sedikit masin ataupun mengambil secubit garam. 3. Halia & Bawang Putih Halia dan bawang putih juga membantu dalam memerangi rokok. Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu anda melepaskan racun-racun yang anda peroleh daripada merokok. Ia juga turut membantu dalam menjaga peraliran darah dan tekanan seimbang ketika anda menarik diri

Catatan Larian Seminggu di Tg. Aru, Kota Kinabalu dan Komples Sukan Sandakan

Imej
Minggu lepas adalah rekod larian yang banyak dan terjauh pernah saya buat untuk latihan sebelum saya menyertai satu lagi marathon di Cyberjaya - Putrajaya. Kalau marathon ni berjaya, ianya bakal menjadi Full Marathon yang ketiga saya buat dalam tempoh kurang 7 bulan. Berikut adalah caption catatan masa minggu lepas. Semoga dapat saya mengharungi lagi beberapa minggu sebelum marathon ini. Sejauh 28KM dengan 4 hari larian dengan masa 3 jam 5 minit. Dalam empat larian, dua lokasi saya berlari ialah di Perdana Park, Tg.Aru dan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan. Tetapi satu perkara yang tidak boleh tinggal ialah minuman selepas berlari. Apa dia? Bagi yang selalu mengikuti blog ini pastinya sudah tahu jawapannya. Performance Drink sesuai dengan namanya minuman prestasi. Prestasi larian saya semakin bagus berbeza dengan tidak mengambilnya. Dengan meminum selepas lari, kecergasan badan kembali naik. Bezany dengan minuman isotonik lain ialah Performance Drink tidak bergas, tidak mempuny

Futsal Setiap Minggu di Jesselton Point Futsal Center

Imej
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Futsal, Joging dan Zumba / Senam Robik adalah aktiviti mingguan yang saya tidak akan lepaskan. Sejak akhir-akhir ini, saya menjadi semakin aktif untuk menjalani gaya hidup sihat. Walaupun umur sudah menjangkau 31, namun ianya bukan penghalang untuk mula aktif. Bak kata pepatah Better Late Than Never kan. Lambat lebih baik daripada tidak ada langsung. Tengok lah betapa aktifnya saya. Namun yang baiknya, saya tidak terlalu penat untuk kekal aktif bersama aktiviti-aktiviti ini. Aktiviti futsal selalunya diadakan setiap hari Jumaat. Dan lokasi berfutsal ialah di Jesselton Point Futsal Center. Futsal di Jesselton Point, Kota Kinabalu Manakala aktiviti Zumba / Senamrobik diadakan setiap hari Khamis di pejabat tempat kerja. Jam 4.30 petang sehingga jam 5.30 petang. Senam Robik yang diadakan setiap hari Khamis Akviti berjoging pula saya suka pilih di Perdana Park, Tanjung Aru. Lokasi yang dekat dengan tempat kerja dan paling penti

Performance Drink Teman Terbaik Untuk Marathon

Imej
Performance Drink memang nampak berbeza antara minum atau tidak. Kebiasaan lepas lari saya tidak akan minum Performance Drink, tidak seperti mula-mula dulu. Kemudian saya buat eksperimen semula 2 hari lepas.  Saya buat larian 5KM dalam masa 33 minit pada 18 November 2014. Lepas lari saya minum Performane Drink. Performance Drink Kemudian semalam saya lari lagi kali ini saya berjaya buat catatan terbaik peribadi iaitu 1 jam 07 minit sejauh 10km. Penat? Tidak rasa penat sangat. Kebiasaan selepas lama berehat dan kemudian berlari, keesokannya saya tidak dapat lari sebab PENAT! Tetapi tidak kali ini. Memang berbeza sangat antara minum dan tidak. Justeru saya membuat keputusan untuk terus menjadikan Performance Drink sebagai teman ketika bermarathon. Satu canister Performance Drink mampu bertahan sehingga 3 bulan dan sangat berbaloi dengan harganya. Saya Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sandakan, Telupid, Kota Kinabatangan, Lahad Datu dan penghantaran seluruh Sabah.

Family Gathering Group Shaklee di Sandakan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, InsyaAllah minggu ini grup Shaklee kami akan mengadakan Family Gathering Shaklee. Untuk mereka yang berada di sekitar Sandakan, dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan produk Shaklee, apa kata singgah di kediaman kami di Taman Mesra, Batu 4, Sandakan. Jika anda ingin melihat grup Shaklee kami dengan lebih dekat, juga boleh hubungi kami untuk penyediaan jamuan ringan.  Mungkin anda juga masih mencari-cari grup Shaklee yang sesuai dengan anda, juga anda dialu-alukan untuk hadir ke Family Gathering ini. Pelbagai lagi aktiviti akan berlangsung dalam acara ringkas kurang dari dua jam ini.  Jom meriahkan Family Gathering Shaklee di Sandakan ini. Untuk maklumat lanjut, hubungi Puan Saidah di talian 012-8016950 atau Puan Rodiyanah di talian 017 - 8322572. Sandakan, Aku Datang.

Cara Memujuk Anak Untuk Makan

Imej
Assalammualaikum dan selamat sejahtera, Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Jom Sehat Sekaki, semoga hari hari anda ceria dan gembira. Anak tidak mahu makan? Berkejar membawa pinggan berisi nasi? Makan sedikit dah kenyang? Saiz badan pula mengecil. Pasti semua ibu bapa risau kan. Anda boleh mencuba tips mudah memujuk anak untuk makan. 1. Pelbagaikan makanan anak-anak mungkin tidak berminat untuk makan nasi. Jadi saya cadangkan anda pelbagai kan hidangan makanan. Contohnya kuih muih yang berlainan jenis setiap hari. 2. Kerap makan anak - anak mungkin makan sedikit dan kemudian berkata kenyang. Tetapi jangan hairan sebab dalam tempoh beberapa ketika, anak - anak akan request dan minta makanan yang lain pula. 3. Jangan marah dan mudah putus asa Situasi ini biasanya berlaku apabila ibu hidang makanan untuk anak, anak pula mengelak untuk makan. Masa duduk santai, anak pula mahu makan. Apa perasaan anda ketika itu? Sukar untuk digambarkan bukan. M

Cirit- Birit? Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Minggu lepas ada kawan yang bertanyakan tentang cirit-birit. Pastinya teruk jika anda mengalami cirit-birit. Lebih-lebih lagi jika anda menyusukan anak. Anda pasti mempunyai masalah untuk memberikan susu kepada anak anda. Namun sebelum saya mencadangkan penyelesaian dengan cadangan produk Shaklee, jom kita kenali terlebih dahulu apa itu Cirit-Birit.   C irit-birit sangat mudah dikenali secara fizikal. Peningkatan kekerapan membuang air besar yang lembut dan berair daripada biasa. Ia biasanya merupakan satu simptom jangkitan gastrousus yang boleh disebabkan oleh pelbagai bakteria (Shigella, Escherichia colli) , virus-virus ( Rotavirus ) dan parasit.  Ia juga boleh berpunca daripada pelbagai penyakit seperti penyakit-penyakit usus, penyakit-penyakit fungsi usus dan gangguan endokrin. Tidak tolerans terhadap makanan atau tindak balas terhadap sesetengah ubatan juga mungkin boleh mengakibatkan cirit-birit. Dehidrasi Cirit-birit yang teruk boleh mengakibatkan kehil

Jom Kenali Apa Itu Kolesterol

Kolesterol adalah antara perkara yang selalunya dipandang ringan oleh kebanyakan kita. Bukannya kita tidak tahu bahaya dan kesan kolesterol dalam badan. Tetapi biasalah kita jika belum kena, kita tidak akan peduli pun.  Bacaan kolesterol di kira dalam unit  milligram (mg) per deciliter (dL) di dalam darah. Bacaan kadar kolesterol normal dalam darah  100 mg/dL atau lebih rendah .  Bacaan ini akan membantu meningkatkan kesihatan jantung. Untuk kekal dalam bacaan ini, perubahan pada gaya hidup seperti diet pemakanan yang sihat, program penurunan berat badan bagi yang obesiti dan aktiviti fizikal serta lasak adalah sangat digalakkan. Jenis-Jenis Kolesterol Dalam Darah LDL merujuk kepada kolesterol jahat, boleh melekat di dinding salur darah dan menyebabkan salur darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung. Lebih tinggi kadar kolesterol LDL dalam darah, lebih tinggi risiko serangan jantung dan strok. HDL pula merujuk kepada kolesterol baik yang diperlukan untuk mem

Jika Anda Sakit Belakang

Ini antara ilmu yang saya dapati semasa Health Talk di Beringgis Beach Resort, Papar baru- baru ini. Jika anda mengandung, adalah dicadangkan pengambilan Set Cadangan Shaklee berikut:- Vitalea - terutamanya jika anda mempunyai masalah kurang darah. Vitalea ini mengandungi vitamin lengkap. Dan harus diketahui bahawa Vitalea adalah vitamin tertua sejak 1915 lagi dan masih kekal sehingga kini. ESP - Seperti namanya Energizing Soy Protein,  ianya membekalkan TENAGA yang berpanjangan kepada ibu mengandung.  Ostematrix - Bukan sekadar kalsium. Kalsium sangat diperlukan oleh ibu mengandung, kerana ianya turut disalurkan kepada bayi yang dikandung untuk pembetukan tulang. Memadailah 3 vitamin ini jika anda mempunyai bajet yang sedikit TETAPI inginkan suplemen Shaklee.  Tetapi jika anda mempunyai masalah sakit belakang, saya amat menyarankan pengambilan Advanced Joint Health Tablet ( AJHT). Suplemen yang khusus untuk tulang ini adalah produk yang dipasarkan tahun 2012. Saya

Konsisten Dengan Pengambilan Suplemen

Imej
Assalammualaikum dan selamat sejahtera, Jika anda telah mengambil vitamin sebagai makanan tambahan pelengkap nutrisi harian anda, saya suka untuk menasihatkan anda supaya konsisten dalam menjadikan suplemen sebagai sebahagian daripada keperluan harian anda. Saya sendiri nampak perbezaan nya. Saya sangat lemah dan seperti tidak bertenaga jika tidak mengambil vitamin Shaklee ini. Contohnya jika saya tidak mengambil B Complex,  saya akan mengantuk dalam mesyuarat. Saya juga akan lemas ketika balik rumah. Jika saya tidak mengambil Performance Drink, saya tidak mempunyai lebih tenaga untuk menghabiskan larian dengan lebih baik. Jika saya tidak mengambil Ostematrix sebelum tidur, saya akan mengalami masalah untuk bangun pagi dengan cergas. Jika saya tidak mengambil AJHT selepas larian, pasti keesokannya kaki saya terutamanya lutut akan lenguh-lenguh. Jika saya tidak mengambil Omegaguard setiap pagi, resdung saya akan kembali lagi. Setiap pagi saya akan bersin selepas mandi.

Cara-cara Memujuk Bayi Menangis Menurut Filem Battle of The Year

Imej
Filem Battle of The Year ini filem berunsurkan pertandingan tarian B-Boy. Tapi saya tidak akan menulis review filem itu dalam blog Jom Sehat Sekaki ini. Saya cuma tertarik dengan sedutan filem ini yang memasukkan sedikit cara-cara memujuk bayi yang menangis!! Ya, anda pasti terkejut, dalam filem sebegini pun, pengarah ataupun penulis skrip masih mampu menyelitkan unsur-unsur keibubapaan. Terus kepada Cara-cara Memujuk Bayi menggunakan Kaedah 4 S. Swaddle, (Bedung) Side, Shimmy, Shush. See, swaddling soothes them. Tight, but not too tight. Then you turn her on her side like this. Then you shimmy back and forth. shush ...shush...shush... 1. Swaddle 2. Side Letakkan bayi ke sisi anda dan dekatkan dengan badan anda. 3. Shimmy Hayunkan bayi dengan perlahan-lahan ke depan dan ke belakang. 4. Shush Buatlah bunyi suara sepoi-sepoi bahasa... Mudahkan semua orang pun boleh buat. Perkara ini sangat penting terutamanya para ayah dan bapa yang terpaksa mengambil

Business Opportunity Meeting dan Health Wellness Talk di Beringgis Beach Resort, Papar

Imej
Alhamdulillah walaupun hari Sabtu, yang kebiasaannya akan dihabiskan untuk berehat di rumah, namun kali ini saya gagahi juga diri ini untuk bertolak ke Beringgis Beach Resort, Papar untuk menghadiri Business Opportunity Meeting (BOM) dan mendengar Health Talk berkaitan tajuk Diabetes. BOM di Beringgis Beach Resort 8 Nov 2014 BOM di Kota Kinabalu 4 Nov 2014 Sebagaimana sedia maklum, Diabetes ini mempunyai 3 peringkat, namun peringkat ketiga ini dialami oleh ibu mengandung. Bagaimana pula dengan cadangan suplemen Shaklee untuk penghidap Diabetes ini.  Baik untuk anda yang berkemampuan, kombinasi cadangan suplemen Shaklee untuk penghidap Diabetes atau Kencing Manis ini ialah:- VIVIX ESP SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS VITALEA Manakala yang mempunyai luka atau baru sahaja mengalami pembedahan, anda digalakkan untuk tambah  :- Zinc GLA Alfalfa Dan akhir sekali, jika anda mempunyai masalah saraf yang tidak baik, anda tambah kombinasi di atas dengan OMEGAGUARD. O

Fakta Lain Omega-3 (Omegaguard Shaklee Terbaik)

Imej
Fakta lain yang perlu anda ambil kira tentang Omega-3 Selain daripada faedah Omega 3 asid lemak seperti dalam catatan sebelum ini, ada lagi beberapa faedah penting asid lemak lain yang kita boleh pertimbangkan sebelum memakan sebarang suplemen Omega-3: Omega-6 asid lemak GLA (asid gamma-linolenik) meningkatkan tahap serotonin - bahan kimia otak yang membuat anda makan kurang menurunkan selera makan, rasa penuh dan berpuas hati lagi, dan kurang cenderung untuk overindulge iaitu nafsu makan melampau. Tonaline atau CLA (asid linoleik conjugated), asid lemak yang berlaku kurang dan kurang dalam daging dan produk tenusu hari ini, meningkatkan kadar di mana badan anda membakar deposit lemak dan membantu anda berkembang atau mengekalkan jisim otot anda Seperti yang kita telah baca, terdapat sambungan penting antara Omega 3 dan berat badan yang kita yang tidak harus diabaikan. Sumber asid lemak Omega-3 terbaik? Semestinya

Awak Kat Mane?

Imej
Kreatif nya orang sekarang sehinggakan perbualan dan pertanyaan yang catchy dan mudah diingat pun boleh dibuat lagu. Saya tertarik dengan lagu Taufik Batisah yang terbaru #Awakkatmane . Lagu ni seperti lagu pasangan kekasih yang asyik ditanya dengan soalan yang sama setiap masa. Nampak macam queen control juga lagu ni kan. Tapi lagu ni bukan untuk pasangan sahaja, tapi bos bos juga sering bertanyakan soalan yang sama. Adakah anda dalam kategori yang selalu ditanyakan soalan ini? Kalau ya, maksudnya anda telah hampir dalam golongan ini. Golongan apa? Golongan Kuat Mengular!! Hahaha... OK sekian untuk kali ini.. Selamat Berhujung Minggu semua... Jom layan lagu ni.

8 Cara Mudah Kembangkan Kreativiti Anak-Anak

Imej
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Bagaimana dengan hujung minggu tuan/puan sekalian. Semoga hujung minggu dipenuhkan dengan bersama anak dan keluarga. Khususnya ibu bapa yang keduanya bekerja isnin-jumaat ataupun ahad-khamis.  Berikut adalah 8 cara mudah untuk meningkatkan kreativiti anak-anak: Kesilapan adalah peluang.   Kanak-kanak yang takut kepada kegagalan kurang cenderung untuk berfikir secara kreatif. Jika anak-anak kita berasa kecewa apabila berlaku kesilapan, cuba naikkan kembali semangat mereka dengan komunikasi yang positif. Lihatlah kesilapan sebagai peluang untuk membuat perubahan dan berkembang dan bukannya kegagalan. Tetapi kebanyakan kita selalunya tidak akan menerima kesilapan berulang kan. Jadi boleh belajar untuk berubah ya. Berlapang hati dengan keadaan yang berselerak.   Kebanyakan kita suka ruang yang bersih serta kemas dan akan berasa terganggu apabila keadaan menjadi sebaliknya. Walau bagaimanapun, apabila anak-anak sedang berk

Omegaguard dan Kurus - Pengedar Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah

Imej
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, KURUS adalah antara topik yang selalu menjadi perbualan dimana sahaja. Bila disebut KURUS sahaja, pasti ramai orang akan mengambil perhatian khususnya mereka yang mengidamkan bentuk badan sebegini. Bukan sekadar sihat, KURUS akan membuatkan seseorang menjadi perhatian siapa juga. Banyak yang dapat dilakukan dengan KURUS. Tidak semua mahu KURUS, tapi kebanyakan memang suka KURUS. Maaf kalau pernyataan ini mengguris hati, sekadar menarik perhatian mereka yang ingin KURUS. Dalam Shaklee, terutama bulan November 2014 ini, ramai memberi perhatian kepada Omegaguard Shaklee ini. Omegaguard sangat terkenal sebagai sebahagian daripada SET KURUS yang dicadangkan. Omegaguard ini antara produk terlaris khusus mereka yang ingin KURUS. Namun Omegaguard bukan setakat KURUS, dan bukan fungsi khusus untuk KURUS pun. Cuma fungsi yang ada pada Omegaguard ini, membantu anda yang berhajat untuk KURUS. Baik, jom kita tengok info kelebihan dan fungsi Omegaguard i