Cara Memujuk Anak Untuk Makan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Jom Sehat Sekaki, semoga hari hari anda ceria dan gembira.

Anak tidak mahu makan?

Berkejar membawa pinggan berisi nasi?

Makan sedikit dah kenyang?

Saiz badan pula mengecil.

Pasti semua ibu bapa risau kan.

Anda boleh mencuba tips mudah memujuk anak untuk makan.

1. Pelbagaikan makanan
anak-anak mungkin tidak berminat untuk makan nasi. Jadi saya cadangkan anda pelbagai kan hidangan makanan. Contohnya kuih muih yang berlainan jenis setiap hari.







2. Kerap makan
anak - anak mungkin makan sedikit dan kemudian berkata kenyang. Tetapi jangan hairan sebab dalam tempoh beberapa ketika, anak - anak akan request dan minta makanan yang lain pula.

3. Jangan marah dan mudah putus asa
Situasi ini biasanya berlaku apabila ibu hidang makanan untuk anak, anak pula mengelak untuk makan. Masa duduk santai, anak pula mahu makan. Apa perasaan anda ketika itu? Sukar untuk digambarkan bukan. Maka untuk mendidik bukan mengambil masa sehari dua , ianya proses berterusan. Jangan marah dan ikuti saja kemahuan mereka. InsyaAllah lama kelamaan mereka akan terviasa dengan jadual makan yang anda sediakan.

Selain daripada amalan seperti yang tersenarai di atas, kami juga menjadikan Mealshake dari Shaklee sebagai minuman harian anak. Hanya sesudu dicampur dalam minuman setiap hari. 

Inilah yang kami praktikkan untuk anak bujang kami. Selamat mendidik anak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular