Jom Kenali Apa Itu Kolesterol

Kolesterol adalah antara perkara yang selalunya dipandang ringan oleh kebanyakan kita. Bukannya kita tidak tahu bahaya dan kesan kolesterol dalam badan. Tetapi biasalah kita jika belum kena, kita tidak akan peduli pun. 

Bacaan kolesterol di kira dalam unit  milligram (mg) per deciliter (dL) di dalam darah. Bacaan kadar kolesterol normal dalam darah 100 mg/dL atau lebih rendah

Bacaan ini akan membantu meningkatkan kesihatan jantung. Untuk kekal dalam bacaan ini, perubahan pada gaya hidup seperti diet pemakanan yang sihat, program penurunan berat badan bagi yang obesiti dan aktiviti fizikal serta lasak adalah sangat digalakkan.

Jenis-Jenis Kolesterol Dalam Darah

LDL merujuk kepada kolesterol jahat, boleh melekat di dinding salur darah dan menyebabkan salur darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung. Lebih tinggi kadar kolesterol LDL dalam darah, lebih tinggi risiko serangan jantung dan strok.
HDL pula merujuk kepada kolesterol baik yang diperlukan untuk membina hormon dan pelbagai fungsi lain di dalam tubuh.
Ujian darah untuk memeriksa kadar kolesterol biasanya merangkumi bacaan untuk:
  1. Keseluruhan kolesterol
  2. HDL kolesterol (kolesterol baik)
  3. LDL kolesterol (kolesterol jahat)
  4. Triglycerides, sejenis lemak yang meningkat disebabkan oleh manisan dan alkohol
Untuk bacaan yang lebih tepat, anda digalakkan untuk berpuasa selama 9-12 jam sebelum ujian darah di ambil.

Antara petanda anda perlu memantau bacaan kolesterol termasuklah:
  • Pernah mengalami sakit jantung atau stroke sebelum ini
  • Salur darah tersumbat di bahagian leher
  • Salur darah tersumbat di bahagian lengan atau kaki
  • Diabetes atau kencing manis

Turunkan Kadar Kolesterol Secara Semulajadi

Untuk turunkan bacaan kolesterol dalam darah secara semulajadi, anda boleh amalkan Set Turunkan Kolesterol yang mengandungi Phytocol dan Omega Guard dari Shaklee.

Jika anda ingin mendapatkan Set Turunkan Kolesterol Shaklee ini, anda boleh menghubungi saya ataupun pengedar berdekatan anda. 

Saya menyediakan perkhidmatan COD produk Shaklee di sekitar Kota Kinabalu, Sabah dan juga ada pengedar kami di Sandakan, Lahad Datu, Telupid dan Kota Kinabatangan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular