5 Cara MALAS Bakar Kalori Di Tempat Kerja

Anda tidak punya masa untuk bersenam, bersukan, berjoging selepas kerja?

Namun anda ingin membakar kalori semasa bekerja?

Di sini saya senaraikan 5 cara mudah untuk membakarnya. Anda tidak perlukan peralatan bersenam pun. Tidak perlu berkasut sukan. Tidak juga memerlukan anda menukar pakaian sukan. Semua itu tidak perlu.

Yang anda perlukan HANYA peralatan di Pejabat!!

Tidak percaya?

Cara PERTAMA..
Rajinkan diri anda untuk BERDIRI setiap 30 minit. Juga ketika perbincangan apa kata amalkan berdiri ketika berbincang.



Cara KEDUA..
BERDIRI semasa menjawab panggilan telefon.



Cara KETIGA..
BERJALAN ke meja rakan sepejabat anda dari sekadar memberi arahan atau mesej melalui Watsapp. Lebih-lebih lagi jika anda bos, BERJALANlah...



Cara KEEMPAT..
Letakkan Bakul Sampah jauh daripada meja anda supaya boleh BANGUN DAN BERGERAK untuk membuang sampah.



Cara KELIMA..
Isi SEPARUH sahaja botol air anda atau gunakan GELAS. Ia boleh menjadi alasan terbaik untuk anda kembali ke pantri.



Betulkan apa yang saya kata di awal tadi. Tiada peralatan sukan digunakan untuk membakar KALORI anda. Syaratnya anda MAHU atau TIDAK.. Itu sahaja.. Sekarang terpulang kepada diri anda samada hendak sihat atau sebaliknya. Samada anda sayang diri anda atau tidak.



Sekian, terima kasih

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?