ESP Mahal? Bagaimana Untuk Mendapatkan Yang Murah

ESP Mahal dengan Harga RM150 untuk satu canister. Untuk dapatkan harga yang murah ada caranya. Anda cuba hayati dan bacalah nukilan ikhlas dari hati saya untuk mereka yang belum lagi mengamalkan ESP Shaklee ini khususnya mereka yang berada di sekitar Kota Kinabalu dan seluruh Sabah amnya,

PERTAMA.
Anda daftarkan diri menjadi ahli Shaklee merangkap Pengedar Bebas Shaklee. Untuk di sekitar Kota Kinabalu dan seluruh Sabah, anda boleh hubungi saya terus.

KEDUA
Anda berkongsi dengan ahli keluarga, rakan sekerja sepejabat, rakan grup watsapp atau jika anda betul-betul hendakkan Harga murah ini, anda berpakat lah dengan jiran kiri kanan atas bawah.

KETIGA
ESP akan jadi murah semurah mungkin dengan anda akan mendapat SATU CANISTER PERCUMA jika anda membeli di bulan Oktober ini dengan Pembelian 6 Canister. JIMAT RM150.


KEEMPAT
Ini paling penting sebenarnya dan kebanyakan orang tidak menyedari nya. MENCEGAH lebih baik dari MERAWAT bukan. Jika anda tahu manfaat dan kebaikan ESP ini, saya percaya saya tidak perlu memaksa anda untuk membelinya. Saya tidak perlu menawarkan sebarang Harga promosi pun untuk setong ESP ini. Itu jika anda tahu manfaat ESP ini.

Kesedaran tidak hadir dengan paksaan. Tidak juga hadir dengan hanya mengikut peredaran zaman. Kesedaran tidak hadir dengan bermuka-muka atau menunjuk-nunjuk.

ESP bukanlah semahal yang disangka. Cuma ianya menjadi mahal bila mana kita merasakan ESP ini sama seperti susu tepung yang lain. Bila mana kita tidak merasakan akan kepentingan ESP yang dihasilkan daripada Kacang Soya Bukan GMO. Bila masa kita belum lagi merasai ESP ini. Sama seperti saya juga setahun 5 bulan yang lalu.

Teringat Januari 2013, saya temankan kawan ofis untuk ke Branch Shaklee Kota Kinabalu. Beliau belikan isterinya setong ESP dengan harga runcit bukan harga ahli. Padahal beza harganya sangat jauh. Tapi beliau sanggup membelinya. Kenapa? Sebab beliau nampak kesannya pengambilan ESP ini terhadap isterinya. Siapa tidak sayang isteri? Dan Harga ESP pada ketika itu RM155 tidaklah mahal di mata suami yang sayangkan isteri.

Begitulah juga dengan saya. Sebaik isteri menggunakan ESP Mei 2013, isteri tidak lagi mengadu kekurangan susu untuk anak menyusu. Pada ketika inipun, isteri yang mengandung anak kedua kami terus menggunakan ESP sebagai suplemen mengandung.Gambar di bawah ini adalah gambar scan anak kedua kami.


Sebab itu saya katakan KESEDARAN jika hadir, anda tidak akan merasakan mahalnya ESP ini. KESEDARAN jika hadir, anda tidak perlukan promosi ESP ini. KESEDARAN jika hadir, tidak mengira masa dan ketika.

Jika anda inginkan ESP di rumah anda, saya Pengedar Shaklee di sekitar Kota Kinabalu dan seluruh Sabah sedia membantu. Saya menyediakan perkhidmatan COD di sekitar Kota Kinabalu sehinggalah Papar, Tuaran, Tamparuli, Inanam, Penampang, Lok Kawi, Putatan. Atau jika anda di sekitar negeri Sabah, anda hubungi saya insyaAllah dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Selamat Berkenalan..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?