Marathon dalam senarai

Baru sahaja selesai back2back marathon 11 dan 12 Oktober lepas, kini tinggal Penang Bridge International Marathon untuk bulan November. Namun dukacita sebab saya tidak akan dapat menyertai PBIM disebabkan pada waktu itu Annual Dinner syarikat. Keutamaan kepada kerja harus diberi dulu.

Bagi mengubat kekecewaan itu, saya akan menyertai Tiens Health Charity Run 10km yang akan diadakan pada 2 November 2014 di Kota Kinabalu, Sabah. Untuk yang belum mendaftar, anda masih lagi berpeluang untuk menyertainya. Hubungi saja nombor yang tertera. Seperti yang saya katakan, saya akan menyokong program Gaya Hidup Sihat untuk semua orang.



Bornero International Marathon 2015

Saya tetap akan menyertai BIM 2015 sebab ianya meninggalkan sentimental value untuk saya. BIM 2014 adalah larian pertama saya dengan kategori 10KM dan saya menghabiskan dengan catatan masa 1 jam 31 minit beza satu saat dengan Faizal.

Pada BIM 2015 pula, saya sudah membuat keputusan untuk menyertai Full Marathon 42.195KM. Dan saya sudahpun mempersiapkan diri bermula sekarang untuk memastikan saya tidak akan sengsara untuk menghabiskan larian FM ini nanti. Pendaftaran dibuka sekarang, apa tunggu lagi?


Cyberjaya Twincity Marathon
Dijadualkan pada 21 Disember ini, saya telah mendaftarkan diri dalam kategori FM lagi. Ini bermakna dalam sejarah, ini FM saya yang ketiga dalam sejarah dan ketiga dalam tahun ini. Saya suka mencabar diri sendiri, walaupun saya sudah menanam azam untuk tidak berlari lagi tahun ini. Cukuplah sehingga November nanti. Tetapi bila sudah mendaftar, maknanya saya wajib berlatih sudah untuk memastikan saya berjaya menghabiskan larian ini nanti.


Ramai orang tidak yakin untuk berlari jarak jauh. Apalagi banyak yang menggunakan alasan berat badan, tidak pernah berlatih, umur dan masa tidak sesuai sebagai kunci untuk tidak berlari. Namun bagi saya, perkara pertama perlu buat ialah Daftarkan diri anda terlebih dahulu. Selepas itu, barulah anda akan rasa terpaksa untuk berlatih kerap sebagai persiapan.

Sebenarnya kita semua mampu, cuma lagi keberanian itu harus disertakan bersama. Kalau tidak, sampai bila-bila pun anda tidak akan mencapainya.

Suplemen untuk berlari?
Ya semestinya saya paling suka berteman dengan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) , Performance Drink dan VIVIX untuk latihan.

Fungsi setiap satu secara ringkas AJHT berfungsi untuk menjaga sendi khususnya lutut agar sentiasa berkusyen. Bila ada seperti kusyen, kita tidak akan merasa sakit.

Performance Drink pula untuk memastikan badan tidak terhidrat dengan latihan. Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang tidak menentu.

VIVIX pastinya paling saya suka. Kenapa?
Ianya mengembalikan tenaga saya untuk berlari lagi keesokan harinya. Dan saya akan minum dua sudu besar VIVIX untuk itu.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ini di sekitar Kota Kinabalu dan sluruh Sabah, hubungi terus saya Pengedar Shaklee Kota Kinabalu. Saya juga menawarkan khidmat COD ke kawasan berdekatan dengan rumah.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?