Kelapa - Minuman Tenaga Semulajadi

Bila kena demam denggi atau cirit-birit, orang tua-tua akan sarankan untuk meminum Air Kelapa.

Ada apa pada Air Kelapa ini?



Kelapa sudah lama dikaitkan dengan kepulauan tropika, pemanis mulut dan dalam kalangan penduduk tempatan dan kampung-kampung, kelapa terkenal sebagai penyembuhan yang terdiri daripada antibakteria, antimikrob, antifungal dan antioksidan yang terkandung dalam airnya sudah pun memadai untuk digunakan.

Air kelapa muda yang terkenal dengan air yang jernih yang kaya dengan elektrolit menyegarkan sesiapa saja dari kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Terdapat  kajian menyatakan bahawa air kelapa setanding dengan minuman tenaga untuk hidrasi dan mengembalikan tenaga.

Ya, saya teringat juga ketika berlari Marathon di Langkawi dan Hulu Langat kami dihidangkan dengan air kelapa segar dalam buah kelapa ketika di terminal minuman. Memang sangat menyegarkan dan tidak memberikan kesan sampingan. Saya sendiri minum sehingga 4 biji air kelapa sejuk. Selepas larian juga, marathoner yang lain menasihatkan supaya minum air kelapa dan ada juga yang menasihatkan untuk mandi air kelapa. Sampai begitu sekali khasiat air kelapa ini.

Berbeza dengan minuman tenaga lain yang dikaitkan dengan kerosakan gigi, peningkatan berat badan, air kelapa yang manis mengandungi rantai trigliserida sederhana, yang membantu anda menaurunkan berat badan selain mengatasi kepanasan mentari.

Air kelapa juga menyokong fungsi
- Sistem imun
- Melindungi hati
- Mengurangkan oksidasi lipid
- Meningkatkan sensitiviti insulin

Jadi tidak hairanlah kelapa dikenali sebagai pokok 1001 kegunaan. Dari daun nya buat ketupat, isi kelapa buat santan, tempurung kelapa dibuat simpulan bahasa... hahahaha..

Namun, bila diberikan pilihan ini ramai antara kita akan cuba mencari alternatif yang lebih mudah namun mempunyai fungsi setanding dengan air kelapa kan.

Saya akan cadangkan Performance Drink dari Shaklee untuk anda. Performance Drink ini mengekalkan imbangan cecair tubuh dan elektrolit bagi menstabilkan penyahidratan. Performance Drink Shaklee menyediakan tenaga karbohidrat untuk badan. Performance Drink Shaklee bukan berperisan kelapa ya sebaliknya berperisa oren.



Teringin untuk mendapatkan Performance Drink di kawasan sekitar Kota Kinabalu dan Sabah? And boleh berhubung dengan saya, Pengedar Shaklee Terbaik di sekitar Kota Kinabalu dan seluruh Sabah. Saya juga menyediakan penghantaran terus ke rumah COD di sekitar Kota Kinabalu. Untuk penghantaran di tempat lain, anda boleh juga menghubungi saya, dan saya akan hubungkan anda dengan rakan Pengedar Shaklee Sabah yang lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?