Keracunan Makanan

Keracunan Makanan adalah sakit yang tidak diundang namun dijemput. Hah! macam mana tu.

Ya kita semua tidak suka keracunan makanan. Namun ia tidak datang jika tidak masuk ke dalam mulut kita. Sebab tu saya kata ianya tidak diundang namun dijemput. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai perut sensitif.

Sebaik keracunan makanan, tubuh menjadi lemah akibat kekurangan air. Tandas menjadi peneman terbaik. Kalau boleh tidur dalam tandas. Ya sampai begitu sekali jika anda mengalami keracunan makanan yang teruk. Tambah mengeruhkan keadaan jika anda hanya sedar tidak ada UBAT di dalam peti sejuk atau di kit keselamatan. Memang anda akan cuba memulas perut anda seperti memulas kain basah.

Jadi, apa kaedah untuk mengurangkan masalah ini? Secara tradisionalnya anda boleh mencuba :-

Halia
Rasa pedas asli halia mampu mengubati keracunan anda. Rasa pedas ini mengandungi antibiotik yang membuatkan anda kembali normal.

Jus Lemon
Jika anda tidak suka dengan halia, cubalah Jus Lemon. PASTIKAN peti sejuk anda ada mempunyai simpanan jus lemon. Lemon mempunyai sejenis asid yang dapat membunuh bakteria jahat dalam perut. Campurkan sahaja jus lemon dengan minuman anda.

Pudina
Rasa pedas dan segar yang ada pada pudina juga mampu melegakan perut. Campurkan dengan jus atau teh sebelum anda menikmatinya.

Cuka Epal
Ia membantu menyembuhkan sakit kepala dan sekaligus menyembuhkan masalah penghadaman.

Macam mana dengan TIPS ini? Anda tidak perlu membelanjakan wang yang banyak kan. Namun kalau sudah teruk sangat, teruslah rujuk kepada klinik berhampiran. Keracunan Makanan bukan boleh dipandang remeh.

Bagaimana Shaklee boleh membantu?

Alhamdulillah setakat ini, saya tidak mempunyai masalah keracunan makanan yang teruk. Namun jika saya sakit perut seperti kerap ke tandas untuk membuang, saya akan amalkan suplemen Shaklee. BUKAN untuk mengubat, hanya sekadar kebiasaan saya tidak suka makan ubat. Dan saya percaya ada suplemen Shaklee yang berfungsi untuk melegakan keracunan makanan.

Inginkan lanjut?

Hubungi Pengedar Shaklee Terbaik di sekitar Kota Kinabalu dan seluruh Sabah ini sekarang.

Terima Kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?