Panduan Legakan Rasa MARAH

Kita tidak dapat lari dari rasa MARAH. Ya nama juga manusia. Lagi kita hidup dalam masyarakat. Bukan semua perkara harus mengikut naluri kita. Kalau ada manusia yang tidak pandai MARAH, jumlah nya hanya segelintir. Boleh dikira dengan jari.

Bagaimana untuk legakan rasa MARAH?

Kaedah ini mungkin hanya berkesan dengan KEMARAHAN yang ringan-ringan sahaja. Maksud saya tidak terlalu marah. Ok, sudah bersedia?

SATU
Tarik nafas dalam-dalam. Udara yang disedut dalam-dalam akan membantu mengurangkan kadar hormon serotonin yang dikeluarkan apabila kita marah. Dan kaedah ini nyata berkesan dan terbukti secara klinikal.



DUA
Ingatkan diri anda sendiri. TIADA siapa yang boleh mengawal rasa marah anda melainkan diri anda sendiri. Ingatkan diri anda, apa yang anda dapat dengan MARAH? Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai masalah jantung dan otak kan. Silap hari bulan boleh Gol Sendiri.


TIGA
Fikirkan yang menggembirakan. Elakkan dari memikirkan perkara yang membuat anda marah tadi. Fikirkan laut, pantai, langit, hutan, air terjun, kolam air panas dan sebagainya asalkan ianya mengelakkan anda teringat TRAGEDI marah tadi.



EMPAT
Keluar dari situasi marah. Bila marah, semua tindakan dan keputusan yang dibuat tidak rasional. Jangan penjarakan diri anda dengan situasi tersebut. Lari.. lari... lari... kalau anda perlu ke tandas, silakan. Kalau anda perlu minum air, minum dulu... Kalau anda perlu merokok? Ah sebolehnya janganlah merokok ok... hehehehe


Macam mana dengan petua di atas? Ada benarnya? Kongsikan kepada semua rakan-rakan anda. Ingat, bila anda marah, kesannya bukan untuk seorang dua. Bukan juga untuk sehari dua. Yang anda patut takut, ianya mungkin SELAMANYA..... Ya selamanya....

MARAH hanya mengundang NEGATIF lebih banyak dari POSITIF.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?