8 Makanan Baik Untuk Mengatasi Insomnia

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Insomnia biasanya dikenali sebagai masalah untuk tidur malam. Sebenarnya banyak sebab kenapa berlakunya Insomnia dikalangan kita. Salah satu sebabnya banyak memikirkan masalah peribadi ataupun masalah sekitar.

Justeru, tanpa membuang masa, disini saya senaraikan 8 Makanan yang Baik Untuk Mengatasi Insomnia.

1. Madu
Beberapa sudu teh madu dengan segelas susu hangat atau secawan teh herba yang dimakan satu jam sebelum tidur akan membantu anda berehat dan bersedia untuk tidur. Madu mengurangkan kewaspadaan dan membantu untuk bertenang.

2. Pisang 
Pisang adalah sumber yang kalium yang baik . Mineral ini memainkan peranan penting untuk membantu anda tidur nyenyak. Pisang kaya dengan tryptophan dan magnesium dan mampu memberikan kesan sedatif. Makan pisang untuk membantu anda tidur lebih nyenyak.

3. Kekacang
Kacang meningkatkan tahap serotonin, hormon yang terhasil di otak apabila kita berasa gembira dan berpuas hati. Ia juga mengandungi tryptophan dan magnesium . 10-15 atau segengam kacang cukup untuk mendapatkan tidur malam yang nyenyak

4. Yogurt
Sama seperti semua produk susu yang lain, yogurt kaya dengan kalsium. Mineral ini diperlukan untuk meningkatkan tahap tryptophan dan melatonin, kedua-dua hormon yang mendorong rasa mengantuk . Makan beberapa produk ini pada waktu malam untuk melihat bagaimana berkesan.

5. Ceri
Ceri diketahui menjadi satu lagi makanan yang boleh mendorong rasa mengantuk kerana kandungan melatonin yang kaya dalam beri ini. Minum jus ceri atau makan ceri boleh menbantu tidur yang nyenyak.

6. Teh Herba
Minum teh herba. Teh hitam dan hijau mengandungi kafein dan harus dielakkan pada waktu malam. Teh Chamomile telah lama digunakan oleh pakar herba untuk merawat kegelisahan dan insomnia. Jadi amalkan minum secawan chamomile atau pudina teh sebelum tidur.

7. Anggur
Seperti ceri,anggur  juga tinggi dengan melatonin. Hormon ini membantu kita mengawal kitaran tidur dan masa berjaga kita. Ambil buah anggur pada waktu malam juga dapat membantu anda melelapkan mata lebih mudah.

8. Telur
Tryptophan adalah asid amino. Ia boleh didapati dalam beberapa makanan. Salah satunya adalah telur. Jadi apakata makan telur rebus atau lebih baik lagi  rebus bersama sayuran beberapa jam sebelum tidur.

Shaklee - Ostematrix
Bagaimana pula jika anda tidak suka makanan seperti di atas?  Dan anda tidak pula mempunyai stok makanan yang saya nyatakan di atas, saya akan mencadangkan pengamalan Ostematrix dari Shaklee ini. Ianya telah memberikan kesan yang cukup baik kepada semua pengguna Ostematrix. Saya dan isteri juga mengamalkan Ostematrix ini 4 biji sebelum tidur. Alhamdulillah, kaki saya tidak lagi cramp ataupun tidak lagi mengalami masalah sukar untuk tidur. Lebih-lebih lagi, dengan amalan Ostematrix ini juga, ianya memudahkan anda untuk bangun pagi. Anda tidak akan merasa letih dan malas untuk bangun pagi.

Jika anda berminat mendapatkan produk Shaklee Ostematrix ini, silalah hubungi saya di talian untuk penghantaran COD di Kawasan Sekitar Kota Kinabalu dan seluruh Sabah. Selain daripada Kota Kinabalu, kami juga ada di Sandakan, Lahad Datu dan seluruh Sabah untuk penghantaran COD ini.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?