Pengalaman Berharga Ekspedisi Water Rafting di Sungai Padas

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

1 November 2014 dibuka dengan pengalaman berharga water rafting di Sungai Padas. Seawal jam 4.30 pagi bangun dan bersiap untuk berkumpul di pickup point pada jam 5.20 sebelum bergerak ke Tenom lebih kurang jam 6.00 pagi. Tiba di starting poin lebih kurang jam 9.30 pagi. Sebelum taklimat keselamatan dimulakan, kami memakai safety gear seperti helmet dan life jacket.

Taklimat merangkumi
  • Cara memegang dayung (paddle)
  • Cara duduk dan kedudukan kaki semasa berada di dalam bot
  • Arahan kayuhan dayung seperti maju, undur dan berhenti
  • dan paling penting cara-cara menyelamatkan diri jika terjatuh dari bot ataupun ketika bot terbalik. (bergantung dengan pemandu arah, jika dapat pemandu arah yang nakal bot anda pasti diterbalikkan!!)
Bergambar di starting poin sebelum memulakan ekspedisi
Selepas sesi bergambar, rombongan seramai 35 orang ini dibahagikan kepada 5 kumpulan (7 orang setiap bot) dan dibantu oleh 2 orang pemandu arah. Bersedia masuk ke dalam bot, mengambil kedudukan masing-masing, kuncikan kaki seperti yang diarahkan dan keluar balik dari bot untuk membasahkan diri terlebih dahulu. Masuk semula dan ekspedisi bermula.


Seperti dalam peta di atas, nama-nama seperti Head hunter Rapid, Washing machine, Merry go round adalah istilah yang digunakan dimana cabaran bot bertemu dengan ombak besar. Sangat mendebarkan tetapi menyeronokkan. Di lokasi-lokasi seperti inilah bot akan karam dan terbalik jika ahli kumpulan gagal mengemudi bot dengan baik ataupun disengajakan oleh pemandu arah. Jika anda berhasrat untuk mencuba ekspedisi ini, anda harus berdoa tidak bersama pemandu arah ini melainkan anda berminat untuk jatuh!! Cabaran ini mengambil masa sejam setengah sehingga dua jam bergantung dengan arus sungai ketika itu.

Body Rafting
Jika anda pandai berenang, jangan lepaskan peluang untuk body rafting jika dibenarkan oleh pemandu arah. Sebabnya bukan semua orang merasai body rafting ini. Biarkan diri anda dihanyutkan sungai tetapi jangan terlalu jauh dari bot untuk keselamatan.

Selepas melepasi merry go round dengan jayanya.


Kemudian kami berehat untuk makan di Rayoh. Sepatutnya ekspedisi ini berakhir di sini tetapi disebabkan ada masalah teknikal, kami meneruskan water rafting lagi selama sejam dari stesen Rayoh ke stesen Halogilat. Tidaklah sehebat dan semencabar tadi, tetapi pengalaman ini tetap berharga. Cuba lihat gambar di bawah ini, macamana perasaan anda jika anda yang berada di dalam bot tersebut?

Jangan terpengaruh dengan ombak tersebut. Anda tidak akan terbalik!
Dan begitulah kami sampai ke stesen Halogilat dengan selamat lebih kurang jam 2.15 petang. Seronok, Berharga, Puas Hati. Itulah perasaan yang dapat saya ungkapkan. Selain itu, tidak dapat digambarkan pengalaman ini.

Menunggu keretapi sampai di Stesen Halogilat ini pada jam 3.00 petang. Perjalanan menaiki keretapi ini juga bukan seperti anda menaiki keretapi di Semenanjung Malaysia ataupun di tempat-tempat lain di dunia. Sehinggakan ada pelancong yang seakan tidak percaya, keretapi yang sepatutnya duduk di muzium ini masih digunakan sebagai pengangkutan awam di pedalaman Sabah.

Tiba di Beaufort lebih kurang jam 4.00 petang, kami berangkat pulang ke Starting Poin semula pada jam 6.30 petang. 

Nasihat untuk anda
  • Bawa duit poket sedikit untuk membeli makanan sewaktu menunggu ketibaan keretapi.
  • Bawalah kamera atau telefon bimbit anda untuk merakam gambar kenangan ini tetapi pastikan ianya selamat dan kalis air terutamanya plastik atau bekas makanan yang anda percaya tidak akan dimasuki air ketika anda jatuh ke dalam air( risiko sendiri tanggung).
  • Pastikan anda memakai sunblock ataupun baju panjang bukan kerana takutkan panas atau hitam. Tapi kesan selepas itu memang perit.
Tahun ini sahaja gunung sudah ditawan Ogos lalu, mengelilingi Sabah pula September, dan water rafting di Sungai Padas November. Impian seterusnya? Paragliding di Ranau pula namun masanya belum tahu bila. Apapun Sabah ini penuh dengan cabaran yang rugi jika tidak diterokai dan dicuba.

Atasi ketakutan anda!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?