Cirit- Birit? Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Minggu lepas ada kawan yang bertanyakan tentang cirit-birit. Pastinya teruk jika anda mengalami cirit-birit. Lebih-lebih lagi jika anda menyusukan anak. Anda pasti mempunyai masalah untuk memberikan susu kepada anak anda.

Namun sebelum saya mencadangkan penyelesaian dengan cadangan produk Shaklee, jom kita kenali terlebih dahulu apa itu Cirit-Birit. 

Cirit-birit sangat mudah dikenali secara fizikal. Peningkatan kekerapan membuang air besar yang lembut dan berair daripada biasa. Ia biasanya merupakan satu simptom jangkitan gastrousus yang boleh disebabkan oleh pelbagai bakteria (Shigella, Escherichia colli), virus-virus (Rotavirus) dan parasit. 

Ia juga boleh berpunca daripada pelbagai penyakit seperti penyakit-penyakit usus, penyakit-penyakit fungsi usus dan gangguan endokrin. Tidak tolerans terhadap makanan atau tindak balas terhadap sesetengah ubatan juga mungkin boleh mengakibatkan cirit-birit.

Dehidrasi

Cirit-birit yang teruk boleh mengakibatkan kehilangan cecair (dehidrasi), dan mungkin boleh mengancam nyawa, terutama sekali di kalangan kanak-kanak kecil. Simptom-simptom dehidrasi termasuk kering mulut, mata tenggelam, kulit kering berkedut, air mata yang sedikit atau tidak keluar semasa menangis, urin yang berwarna gelap dan pekat, dan rasa mengantuk atau kelesuan yang tidak normal. 
 
Jika anak anda mengalami dehidrasi atau hampir mengalaminya, berikan dia cecair yang mengandungi garam oral rehidrasi dengan secepat mungkin. Ia boleh dibeli daripada doktor atau farmasi. 

Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika dia masih mengalami dehidrasi.
 
Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika dia mengalami keadaan seperti berikut:
  1. Mulut kering
  2. Mata cengkung (gelap je bawah mata dia orang)
  3. Kulit kering dan berkedut
  4. Sedikit atau tiada air mata apabila menangis
  5. Tidak ada kencing selama 4-6 jam
  6. Kurang daripada 3 kali sehari je kencing
  7. Ubun bayi kelihatan lekok
  8. Tidak aktif atau tidak bermaya
Apa Yang Anda Perlu Lakukan?
  1. Pastikan anak anda minum cecari yang banyak.
  2. Terus memberi anak anda diet yang seperti biasa atau tingkatkan penyusuan susu badan.
  3. Dapatkan nasihat doktor anda tentang pemakanan atau pemberian supplemen.
Muntah
 
Apabila anak anda muntah, isi kandungan perutnya akan dipaksa naik ke esofagus dan keluar daripada mulutnya. Sesetengah daripada punca-puncanya termasuk, jangkitan virus di perut (gastroenteritis), iritasi perut, keracunan makanan dan jangkitan saluran kencing. 
 
Di dalam sesetengah kes, muntah boleh menjadi satu simptom untuk keadaan yang serius, seperti penyumbatan saluran penghadaman, gangguan di dalam mekanisme keseimbangan dalam telinga, konkusi (kecederaan kepala) dan jangkitan di dalm otak (meningitis).

Oleh kerana anak anda mungkin akan kehilangan jumlah cecari yang banyak apabila muntah, terutama sekali jika dia telah muntah serta diiringi dengan cirit-birit, maka dia mungkin berisiko tinggi untuk mengalami dehidrasi. Jangan pandang ringan dengan cirit-birit. Cirit-birit yang teruk akan mengundang kehadiran dehidrasi. Dehidrasi yang tidak dirawat boleh mengancam nyawa.


Apa Yang Anda Perlu Lakukan?






Bawa anak anda berjumpa doktor jika dia:
  1. Muntah berulang kali
  2. Memuntahkan cecair berwarna hijau-kuning (hempedu)
  3. Mempunyai demam atau sakit kepala.
  4. Memuntahkan darah (warna merah cerah, perang dan hitam)
  5. Rasa mengantuk dan pening-pening lalat.
  6. Enggan makan
  7. Menunjukkan tanda-tanda dehidrasi. (Seperti yang saya jelaskan di awal tadi).

Apa Yang Anda Perlu Lakukan?
  1.  Biarkan anak anda muntah. Jangan menahan muntah.
  2. Pusingkan kepala anak anda dengan mukanya menghadap besen/tuala bagi mengelakkannya daripada tersedut muntah.
  3. Tenangkan hati anak anda semasa dia sedang muntah.
  4. Pastikan anak anda minum cecair yang banyak selepas muntah untuk mengelakkan dehidrasi.
  5. Beri anak anda makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi dengan lebih kerap, seperti 4-5 waktu makan dengan sajian yang lebih kecil berbandaing 2-3 waktu makan besar di dalam sehari.
  6. Pastikan anak anda tidak makan makanan pejal sehingga dia berhenti daripada muntah.
  7. Jangan berlengah mendapatkan bantuan perubatan jika simptom-simptomnya berlanjutan.
Apa Yang Anda Perlu Lakukan?
Saya mencadangkan berikan Performance Drink untuk memastikan kandungan bendalir dalam badan adalah stabil. Ini adalah bagi mengelakkan dehidrasi.. Boleh diberikan pada kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas.
 
Selain itu juga boleh diberikan Nutriferon bagi meningkatkan antibodi badan dan juga melawan virus yang berada dalam badan. Juga sangat sesuai diambil oleh kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas mengikut sukatan yang diberikan.
 
Sangat digalakkan untuk di ambil bersama-sama Performance Drink.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?