Futsal Setiap Minggu di Jesselton Point Futsal Center

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Futsal, Joging dan Zumba / Senam Robik adalah aktiviti mingguan yang saya tidak akan lepaskan. Sejak akhir-akhir ini, saya menjadi semakin aktif untuk menjalani gaya hidup sihat. Walaupun umur sudah menjangkau 31, namun ianya bukan penghalang untuk mula aktif. Bak kata pepatah Better Late Than Never kan. Lambat lebih baik daripada tidak ada langsung.

Tengok lah betapa aktifnya saya. Namun yang baiknya, saya tidak terlalu penat untuk kekal aktif bersama aktiviti-aktiviti ini.

Aktiviti futsal selalunya diadakan setiap hari Jumaat. Dan lokasi berfutsal ialah di Jesselton Point Futsal Center.



Futsal di Jesselton Point, Kota Kinabalu

Manakala aktiviti Zumba / Senamrobik diadakan setiap hari Khamis di pejabat tempat kerja. Jam 4.30 petang sehingga jam 5.30 petang.
Senam Robik yang diadakan setiap hari Khamis

Akviti berjoging pula saya suka pilih di Perdana Park, Tanjung Aru. Lokasi yang dekat dengan tempat kerja dan paling penting selamat dan terang walaupun anda berjoging sehingga jam 9 malam. Tempat ini tutup jam 10 malam, tetapi kebiasaan lagu 'menghalau' berkumandang lebih awal.

Ketika Larian Amal 2 November lepas
Senaman ataupun aktiviti sukan yang mengeluarkan peluh ini amat penting lebih-lebih lagi kita sebagai pengguna makanan tambahan / suplemen. Ianya mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam badan sekaligus dapat menyihatkan tubuh badan kita sendiri. Maklumlah, kita kan hendak guna lama badan. Justeru, penjagaan yang rapi amatlah dititik-beratkan.

Pesan saya, biarlah keduanya seimbang agar kita dapat merasai nikmat yang lebih lagi selain mengamalkan suplemen apapun.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Shaklee, anda boleh menghubungi kami untuk penghantaran terus ataupun COD di kawasan sekitar Kota Kinabalu sehinggalah Tuaran dan Papar.

Apa yang anda perlu lakukan, hanya menghubungi terlebih dahulu kami untuk temu janji yang selanjutnya.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?