5 Sebab Anda Wajib Menyertai Hari Sarapan Malaysia di Kota Kinabalu

Saya sangat bersemangat bilang Farhan.
.
.
Seminggu yang lalu mamy nya suda bagitau yang hari ahad nanti kami sekeluarga akan berlari bersama dalam Acara Hari Sarapan Malaysia 2018 yang akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
.
.
Pagi tadi pigi Plaza Shell untuk Racepack Collection. Saya puji lah RPC ni sebab nda cerewet. Saya lupa dimana simpan bukti pembayaran dan borang pendaftaran. Datang terus tanya kaunter, boleh ambil guna no.IC ? Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Boleh katanya.
.
.
Dan inilah hasilnya. Mudah2an hari ahad nanti kami akan sempat berlari bersama-sama. Event larian pertama kami sekeluarga tahun ini. 
.
.
Apa dia Hari Sarapan Malaysia ini?
.
.
Hari Sarapan Malaysia ini mula diadakan pada tahun 2013 sebagai promosi menekankan Sarapan Pagi sebagai sumber tenaga. Alhamdulillah dari tahun ke tahun ianya diperluaskan sehingga ke Kota Kinabalu.
.
.
Syukur tahun ini saya sempat daftar untuk keluarga yang berlangsung pada 8 Julai 2018 ini di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
.
.
Event ni boleh dikatakan diadakan di beberapa bandar utama di Malaysia seperti berikut:-


  • Kuching - 1 Julai 2018
  • KOTA KINABALU - 8 Julai 2018
  • Kuantan - 15 Julai 2018
  • Pulau Pinangn - 22 Julai 2018
  • Johor Bahru - 28 Julai 2018
  • Kota Bharu - 4 Ogos 2018
  • Putrajaya - 11 & 12 Ogos 2018
Untuk info lanjut mengenai Hari Sarapan Malaysia ini , boleh layari laman web Milo.
.
.
Berikut adalah 5 Sebab Anda Wajib Menyertai Hari Sarapan Malaysia ini.
  1. Jarak yang dekat iaitu 3km sahaja.
  2. Ianya boleh disertai oleh seluruh lapisan ahli keluarga dari anak berumur 1 tahun sehingga ke dewasa.
  3. Harganya yang murah. Sangat-sangat Murah lebih-lebih lagi untuk keluarga.
  4. Berbaloi jadikan ianya sebagai aktiviti riadah keluarga dan akan menjadi ingatan di masa akan datang.
  5. Goodies yang diperolehi pun best-best seronok dan tidak menyesal untuk disertai. Dapat baju jenama Ultron, dapat medal seorang satu dan dapat minum percuma. Best kan.
Sebab itulah anda tidak patut melepaskan peluang untuk menyertainya. Lebih-lebih lagi beruntung orang yang tinggal di Kota Kinabalu sebab Kota Kinabalu dipilih tahun ini untuk larian Hari Sarapan Malaysia 2018 ini.
.
.
Tahun depan jangan serik untuk buat lagi di Kota Kinabalu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular