Hari Penderma Darah Sedunia
14 Jun setiap tahun dipilih sebagai Hari Penderma Darah Sedunia.
.
Kementerian Kesihatan Malaysia amat peka mengenai keperluan darah yang mencukupi, selamat dan berkualiti bagi perawatan pesakit-pesakit di negara ini.
Untuk memastikan bekalan darah yang mencukupi, Kementerian Kesihatan telah menyediakan rangkaian Perkhidmatan Perubatan Transfusi melalui Pusat Darah Negara dan tabung-tabung darah di hospital-hospital seluruh negara bagi tujuan kutipan darah dari penderma darah disamping memastikan pemindahan/transfusi darah yang selamat kepada pesakit.
Berikutan keperluan bekalan darah yang semakin meningkat di seluruh dunia dan juga di Malaysia, tarikh 14 Jun telah diisytiharkan sebagai ”Hari Penderma Darah Sedunia” oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), “International Federation of Red Cross dan Red Crescent Societies”, “International Federation of Blood Donor Organisations” dan “International Society for Blood Transfusion”.
.
Tujuan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia.
.
Sambutan yang diadakan setiap tahun itu bertujuan memastikan masyarakat global sedar akan keperluan darah ini, kepentingan menderma darah dan memastikan darah yang didermakan adalah selamat serta berkualiti.
.
Sambutan ini juga bagi menghargai dan mengenang jasa baik penderma darah yang menyelamatkan nyawa pesakit melalui pendermaan darah.
Buat masa ini, secara purata 2000 beg darah diperlukan setiap hari untuk kegunaan 1000 orang pesakit di hospital-hospital di seluruh negara.
.
Kutipan Darah Di Malaysia
.
Di Malaysia, jumlah kutipan darah pada tahun 2016 adalah sebanyak 693,608 beg darah dan sebanyak 706, 486 beg darah telah dikutip pada tahun 2015.
Kutipan ini berjaya dilakukan atas kesedaran masyarakat yang semakin meningkat mengenai keperluan menjadi penderma darah dan usaha murni untuk membantu mereka yang memerlukan.
Darah dan komponen darah diperlukan untuk menampung peningkatan populasi dan perkembangan perubatan dalam menangani penyakit dan keadaan kecemasan seperti kes tumpah darah semasa bersalin, kemalangan jalan raya, kes pembedahan yang memerlukan darah dan produk darah seperti transplan, denggi, produk fraksinasi, talasemia dan hemofilia.
Tema Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Hari Penderma Darah.
Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-15 Hari Penderma Darah pada tahun ini yang bertemakan “Hadirlah untuk mereka. Derma darah. Berkongsi kehidupan”, adalah menjadi harapan Kementerian Kesihatan agar semua masyarakat di Malaysia tidak mengira latarbelakang agama dan bangsa untuk tampil menderma darah secara berterusan.
Dimana Boleh Menderma Darah?
Para penderma darah boleh hadir menderma darah di Pusat Darah Negara dan Pusat-Pusat Kutipan Darah di seluruh negara. Sebagai makluman Pusat Darah Negara Jln Tun Razak beroperasi pada setiap hari Isnin – Jumaat dari jam 7.30 pagi hingga 8.00 malam, Sabtu-Ahad jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Selain itu, Pusat Darah Negara Donation Suite yang terletak di Mid Valley Megamall juga beroperasi pada setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam.
.
Bagi sebarang maklumat lanjut, sila layari www.pdn.gov.my atau media sosial Pusat Darah Negara dan Pusat Kutipan Darah di setiap negeri.

Ulasan
Catat Ulasan