6 Cara Belai Kaki Selepas Berpantang Siri II

Assalammualaikum selamat Pagi Tuan/Puan,

Catatan sebelum ini, saya sudah kongsikan dua daripada enam cara belai kaki selepas berpantang.

Info ini sangat baik kerana sebelum ini yang banyak dikongsikan hanyalah info kurus selepas bersalin.

Cara belai kaki selepas berpantang ini sangat mudah kerana hanya menggunakan bahan yang ada di dapur. Mudah dan senang kan.

Baik Cara Belai Kaki Selepas Berpantang Siri kedua ini, saya kongsikan cara belai kaki bagi kulit kaki kasar dan betis bersisik.

Kulit Kaki Kasar dan Betis Bersisik.

Kulit kaki dan betis bersisik seringkali terjadi, yang menyebabkan kurang menarik. Jom rawat dengan menggunakan Minyak Zaitun atau Minyak Kelapa Dara.

Sapukan kaki anda dengan sedikit minyak kelapa dara.

Sapulah setiap hari pada kaki dan betis.

Selepas itu sarungkan kembali stoking supaya minyak tadi dapat diserap kulit.

Lebih berkesan jika dilakukan sebelum tidur.

Petua ini juga boleh digunakan untuk melembutkan tapak tangan yang kasar.

Tanggalkan Sel Kulit Mati.

Nyahkan timbunan sel kulit mati dengan menggunakan lemon dan air suam.

Sediakan air suam dan perahkan kira-kira sebiji lemon ke dalamnya.

Kemudian rendamkanlah kaki anda seketika ke dalamnya.

Gosok dan Sental kaki dengan berus atau span.

Lakukan sehingga air suam bertukar sejuk.

Keluarkan dan bersihkan dengan menggunakan air biasa.

Jom kongsi info ini kepada saudara mara dan sahabat handai. Benda baik harus dikongsi.

Herbal blend Shaklee.

Untuk lebih selesa dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja, tuan/puan boleh menggunakan Herbal Blend Shaklee ni.

6 Cara Belai Kaki Selepas Berpantang Siri II
Herbal blend Shaklee

Irman Rahaban
Pengedar Shaklee Sabah
Pengedar Shaklee Sandakan
Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
0128693236

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?