Masalah Biasa Ibu Mengandung - Heartburn!

HEARTBURN , PLEASE GO ! 😫

Antara situasi yang ibu hamil paling tak gemar apabila berlakunya pedih ulu hati .

Pregnancy kali ni agak teruk ! Makin membilang hari nak bersalin ni lagi parah . Betul - betul tak selesa .

Ini antara punca kenapa ibu mengandung tak dapat tidur . Baring pun tak boleh .

Walaupun ia agak menyakitkan , pedih ulu hati adalah perkara biasa dalam kehamilan dan tidak membahayakan ibu dan bayi .

MACAM MANA RASA PEDIH ULU HATI NI ?

Pedih ulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada .

Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus . Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit .

Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda ketika hamil .

Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim) .

Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut .

Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar .

Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab .

Pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas .

Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat , justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus .

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

JOM SAYA KONGSIKAN TIPS ATASI "PEDIH ULU HATI KETIKA HAMIL"

1) Elakkan pengambilan makanan dan minuman di bawah : 👇🏻

• COKLAT
• MAKANAN PEDAS
• MAKANAN BERLEMAK
• MAKANAN BEREMPAH
• BUAH - BUAHAN SITRUS & JUSNYA
• KOPI

2) Makan sedikit tetapi kerap . Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut .

3) Duduk atau berdiri tegak , terutamanya semasa dan sejurus selepas makan . Duduk dengan tegak dan jangan membongkok .

Elakkan pakaian yang ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan .

Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam , cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur .

4) Minuman bersusu boleh membantu. Jika susu penuh krim membuatkan simptom-simptom anda semakin buruk , bertukarlah kepada susu rendah lemak atau susu skim .

5) Jika anda tidak gemarkan susu , boleh ambil ESP SHAKLEE . Sejujurnya ini lah senjata yang sangat membantu ibu mengandung ketika PEDIH ULU HATI berlaku .

6) Kunyah gula gula getah juga membantu. Tapi tidak digalakkan sangat . Jika terlebih mengunyah , lebih banyak angin akan masuk ke dalam badan .

Maka , heartburn pun menjadi lebih parah !

Share dari pengalaman dari yang sedang merasa kini . InshaAllah , boleh membantu semua ibu - ibu hamil di luar sana .

Feel free to share ya 😊

c&p

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?