Tetapkan Matlamat Setiap Bulan
Assalammualaikum wbt, Selamat Pagi Sahabat.
November 1hb hari ini. Apa khabar dengan kehidupan Oktober tuan/puan. Semoga apa juga yang dirancang pada Oktober yang lepas berjaya di capai.
Kita mesti semangat setiap hari. Tidak tahu bagaimana untuk semangat?
Baiklah, apakah matlamat tuan/puan. Adakah matlamat tuan/puan untuk mempunyai pekerjaan atau matlamat tuan/puan untuk menang dalam pertandingan, atau matlamat tuan/puan ingin mendirikan rumah tangga atau tuan/puan ingin berpindah ke rumah baharu, atau tuan/puan ingin menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.
Apapun matlamat tuan/puan yang penting tuan/puan mesti ada matlamat. Dan matlamat tuan/puan itu mestilah JELAS.
Kalau tidak jelas, bermakna tuan/puan tidak mempunyai matlamat. Atas sebab itu, mungkin tuan/puan tidak bersemangat untuk menghadapi hari ini dan hari-hari mendatang.
Bila matlamat jelas, tuan/puan mempunyai SEBAB untuk bekerja bagi menjayakan matlamat tuan/puan.
Sebab ini seperti Booster atau penggalak kepada tuan/puan supaya bekerja keras untuk mencapainya. Barulah tuan/puan akan bersemangat hari ini.
Tidak terlambat untuk tuan/puan mencapai matlamat itu. Saya cadangkan tuan/puan memperbaharui matlamat setiap bulan. Matlamat ini boleh jadi matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan juga jangka panjang.
Baiklah, bagaimana sekarang? Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada tuan/puan dan kalau tidak keberatan sila kongsikan dan sebar luaskan kepada sahabat handai dan saudara mara.
Wassalam!!!
Ulasan
Catat Ulasan