Adakah Kesan Toksik Jika Mengambil Suplemen?

Adakah kesan toksik jika mengambil suplemen?

Ada beberapa kesan toksik jika mengambil terlebih dos seperti Vitamin A, Vitamin C, Niacin, Iron, Selenium dan lain-lain.

.
Vitamin C selamat jika diambil dalam dos yang tinggi. Sesetengah orang akan alami kembung perut, gas dan cirit. Ada 1 ujian klinikal percubaan mengatakan pengambilan vitamin C pada dos tinggi boleh mengakibatkan batu karang pada buah pinggang, kajian lanjut tidak menemukan penemuan yang sama.

.
Vitamin A pula kesan toksiknya termasuklah kulit kering, kuku rapuh, rambut gugur, Gingivitis, Aneroxia, Pening, penat dan mudah marah. Juga elakkan pengambilan dalam bentuk terus Vitamin A jika ada masalah hati.

.
Vitamin D yang berlebihan ada potensi kesan toksik iaitu penyerapan kalsium pada organ dalaman dan meningkatkan risiko batu karang pada buah pinggang. (Jika mengambil Vitamin D bersendirian, perlu berjumpa doktor terlebih dahulu). Kebanyakannya kes kurang vitamin D.

.
Niacin (B3) berlebihan akan memberi kesan wajah merah, pening dan kerosakan hati. Ramai orang menggunakan Niacin bersendirian pada dos tinggi untuk menurunkan Kolesterol. Berjumpa doktor terlebih dahulu.

.
Vitamin B6 berlebihan iaitu dos melebihi 2000mg menyebabkan kesan toksik pada saraf. Dos 50mg hingga 100mg setiap hari tiada kesan toksik.

.
Asid folik yang tinggi akan menyebabkan kekurangan B12. Jadi, ambil B12 sekali jika sedang jalani rawatan Asid folik dos tinggi.

.
Kalsium boleh diambil sehingga 2000mg. Ada sekali disebut kajian bahawa berlebihan Kalsium meningkatkan risiko batu karang pada buah pinggang. Beberapa kajian terbaru menunjukkan pengambilan kalsium pada dos tinggi mengurangkan risiko batu karang pada buah pinggang.

.
Banyak lagi. Kesimpulan, elakkan berlebihan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?