Tips Niaga

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera Tuan/Puan,

Pagi ni saya hendak kongsikan Tips Niaga yang ringkas tetapi sebenarnya banyak yang dilakukan oleh peniaga.

Pernahkah tuan/puan mendengar pepatah "Anda Akan Mula Kehilangan Pelanggan Apabila Anda Mula Menjual! "

Apa yang saya cuba sampaikan disini ialah, 

Tuan/puan akan mula kehilangan pelanggan sekiranya kita mula "menjual produk" kepada mereka. Maksudnya disini, pelanggan nampak kita lebih fokus kepada produk dan menjual produk kepada mereka, berbanding pelanggan nampak kita menerangkan kebaikan dan penyelesaian masalah kepada mereka.

Mudahnya disini, Manusia atau orang sekeliling TIDAK membeli produk, tetapi mereka membeli penyelesaian, hasil atau faedah.

Dapat? 

Maka jangan diulangi kesalahan berniaga ya. Fokus kepada kebaikan dan penyelesaian masalah kepada prospek atau pelanggan bukannya "menjual produk" kepada mereka.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat tuan/puan.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?