Apakah Yang Anda Perlu Tahu Tentang Madu?

APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG  MADU?

Saya terpanggil untuk berkongsi makumat tentang artikel berkenaan madu  yang menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini yang mungkin agak mengelirukan

Soalan 1. Adakah madu sesuai diambil bersama garam?

Jawapan
Penggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat  dan protein.

Kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan kepekatan madu beserta penggambilan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti  enzim. Secara tidak langsung penggambilan madu bersama garam yang tinggi akan mengurangkan khasiat madu tersebut.

Soalan 2. Bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan?

Jawapan
Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakkan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia.

Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan  ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit. Sebaiknya, madu elok diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.

Soalan 3. Bagaimana cara makan buah dan adakah  madu boleh diambil bersama buah atau makanan lain?

Jawapan
Kita boleh makan buah dalam keadaan perut kosong. Ini disebabkan bahan berkhasiat antioksidan (contohnya bahan asid fenolik) akan lebih mudah dan banyak diserap.
Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh  diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu.

Jika anda ingin minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa “Rasulullah menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit  dan orang bersedih atas kematian seseorang. Beliau (Aisyah) berkata Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda . Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan”

Talbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu

Barli juga tinggi beta-glukan dan beta-glukan;
a. merupakan fiber larut air
b. tidak dapat diuraikan oleh enzim pencernaan usus kecil
c. terus dibawa ke usus besar dan difermentasi oleh mikroflora usus besar
d. bertindak sebagai prebiotic iaitu menggalakkan  pertumbuhan bakterian baik seperti bifidobakteria, laktobasillus  dan merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya seperti enterobacteriaceae.
e. membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam madu dalam usus besar manusia

Buah juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakkan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu. Enzim dalam madu juga akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia

Soalan 4. Bagaimana cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak?

Jawapan
Menurut kaedah tradisional, keaslian madu dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah…

a. Madu asli akan berbentuk hexagon (segi enam) bila digoyang dalam gerakan memusing dalam semangkuk air.
b. Madu asli membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala walaupun madu masih ada di kepala mancis – madu asli atau tiruan akan tetap menyala jika kandungan airnya rendah
c. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun.

Madu lebah asli – air (18%-20%). Maka madu lebah asli  atau tiruan tetap akan
mengeras jika dibiarkan lama didalam peti sejuk beku terlalu lama.

Semua kaedah di atas  BELUM  lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya

Cara yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Alquran iaitu dalam Surah AnNahl

(16): ayat 69

 …kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut2nya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda2 bagi mereka berfikir….

a. Madu yang banyak khasiat adalah madu yang mempunyai pelbagai warna contohnya warna kuning emas, warna gelap  cthnya perang
b. Antara komponen warna dalam madu dipanggil antosianin dan bahan ini termasuk dalam kumpulan flavonoid (antioksidan). Bahan antioksidan yang diterangkan dalam ayat ini adalah bahan penawar kepada manusia
c. Ini menunjukkan bahawa AlQuran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains  baru sahaja menjumpai komponen warna/antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar
d. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat atau penawar penyakit.

Dalam lain perkataan -  `Food as Medicine’
e. Bahan berkhasiat ini boleh dianalisa menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai HPLC

Kajian saya menunjukkan madu kelulut tinggi khasiat berbanding madu biasa. Dapatan kajian juga madu kelulut asli ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar)

Soalan 5.  Adalah  madu boleh diletak dalam peti ais?

Jawapan
Madu sebaiknya disimpan dalam peti ais (bahagian bawah) atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya). Ini adalah kerana madu mengandungi enzim dan akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi. Molekul madu contohnya karbohidrat akan berubah kepada hydroxymethylfurfural jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas

Moga Bermanfaat

BIODATA PENULIS
Dr Suri Roowi, Saintis Prinsipal dan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan (Food Desigining), Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI. Beliau banyak terlibat dengan analisa bahan berkhasiat dalam madu, herba dan buah-buahan dan merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja (WG) Standard Madu Kelulut Malaysia. Beliau juga banyak terlibat dengan pembangunan produk makanan kesihatan berasaskan madu. Dr Suri juga terlibat dengan kajian pre-klinikal (melibatkan kajian ke atas tikus) dan kajian klinikal (melibatkan kajian ke atas manusia) khususnya kajian ke atas penyerapan bahan-bahan berkhasiat dalam tubuh. Sebelum ini beliau pernah bersiaran dalam slot Rahsia Alam di bawah IKIM. Slot ini banyak berkongsi sumber-sumber alam sebagai makanan kesihatan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?