Masalah Kulit Pada Bayi

Masalah Kulit Pada Bayi.
.
Sedangkan gigitan nyamuk pun kita dah gelabah, apa lagi jika anak mengalami masalah kulit.
.
Terdapat beberapa jenis masalah kulit yang sering terjadi pada bayi. Jom kita tengok bersama.
.
Ekzema
.
Zaman sekarang ni udara dah tak bersih macam dulu. Banyak kes bayi yang terkena eczema ni.
.
Ekzema merupakan masalah kulit yang agak serius dan dinasihatkan suaya ibu bapa mendapatkan nasihat serta rawatan dari pakar kulit.
.
Keadaan kulit bayi yang mengalami ekzema ni selalunya sangat kering dan mengakibatkan gatal. Bila gatal, kulit akan menjadi merah, bengkak, merekah & lebih teruk lagi ia berair & berdarah.
.
Krim & losyen tertentu dapat membantu untuk mengatasi masalah eczema.
.
Tapi ibu bapa perlu berhati-hati dalam memilih produk kerana masalah ini sangat-sangat sensitif pada produk yang mempunyai bahan kimia.
.
Jerawat Bayi
.
Jerawat yang timbul pada muka bayi ini biasa. Ia akan hilang dengan sendiri dalam beberapa minggu.
.
Apa ibu bapa boleh buat bagi mengurangkan masalah ini adalah dengan basuh muka bayi guna air & pelembap kulit yang memang khas untuk bayi.
.
Ruam Panas.
.
Ruam selalunya terjadi bila cuaca yang panas. Memang cuaca dekat Malaysia ni salah satu punca la anak-anak kita kena ruam panas.
.
Ruam panas selalunya timbul di bahagian leher, ketiak, pelipat siku & kaki, celah paha.
.
Jangan anggap ruam panas ni biasa. Bayi kita boleh terkena kesan strok haba. Jadi, elakkan bawa bayi ke tempat-tempat yang terdedah kepada cahaya matahari.
.
Guna krim & losyen bagi mengurangkan ruam pada bayi.
.
Ruam Lampin.
.
Ini juga salah satu benda yang biasa terjadi pada bayi. Salah satu sebabnya adalah lambat tukar lampin bayi atau lampin itu sendiri tak sesuai dengan kulit bayi kita.
.
Kulit bayi sangat sensitif. Sebagai ibu bapa, kita kena la jaga kebersihan anak kita.
.
Kulit Kepala Bersisik.
.
Masalah kulit kepala bersisik ini biasanya berlaku di awal minggu kelahiran & 3 bulan pertama.
.
Kulit kepala bayi akan berkerak, bersisik & mengelupas.
.
Bagi mengurangkan masalah ni, ibu bapa boleh cuci rambut bayi dengan syampu khas untuk bayi.
.
Selepas mandi, boleh letak baby oil untuk make sure kulit bayi lembab.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular