Eczema atau Alergi Gluten

Semakin hari semakin banyak info berkaitan kulit.
.
Semakin kita diperbetulkan dengan kefahaman yang diberikan oleh pakar kesihatan yang berkongsi.
.
Jom baca info berkaitan Eczema atau Alergi Gluten.
.
Mungkin selepas membacanya kita semakin jelas mengenainya.
.
BETUL KE RUAM GATAL ANAK SAYA  NI EKZEMA? ATAU....?
..........................................................................

ALERGI GLUTEN?

Kes alergi gluten ini sangat jarang mengikut bacaan saintifik. Namun begitu, hari demi hari semakin banyak pula kes ruam yang sering disalahertikan sebagai ekzema ini.
.

Dermatitis Herpetiformis (DH) atau ruam disebabkan oleh alergi gluten. Gluten yang masuk ke dalam darah melalui perut "rosak" akan terdampar di lapisan kulit.
.

Antibodi badan akan menyerang gluten pada lapisan kulit. dan ini mengakibatkan "peperangan" dan "kebakaran" di kawasan kulit yang menyebabkan kegatalan dan keradangan.

Apa itu gluten? Gluten ialah protein yang terdapat dalam makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu makanan bergandum terutamanya seperti:

Biskut
Roti dan pastri
Kek
Kuih muih
Mee dan pasta
"Nestum"
Bijirin cereal

Barli, malt, rye, roti canai, capati (atta), oat (tercemar).
.
.

Ciri-ciri ruam alergi gluten ini:



- Biji halus kemerahan yang gatal
- Mungkin berair dan pecah apabila digaru.
-Sangat gatal seperti ekzema.
- Ekzema jarang di kawasan siku dan lutut. Namun, alergi gluten akan dapat ruam di kawasan sikut, lutut, belakang leher, kelangkang dan punggung.
-Menyerupai ekzema jenis pompholyx/dishydrotic/xerotic eczema di kawasan tangan.

DIAGNOSA.

Ramai keliru dan salah diagnosa dengan penyakit seperti alergi ubat, ekzema dan juga scabies.

Diagnosa dipastikan dengan:
1) Ujikaji sampel kulit untuk antibodi yang serang kulit (IgA).
2) Ujikaji sampel darah untuk antibodi badan terhadap gluten.
3) Pilihan : Sampel usus untuk memastikan tiada penyakit usus "celiac" yang menyebabkan "kebocoran" usus.

.
Rawatan yang boleh diberikan ialah antibiotik (Dapsone) tetapi terdapat risiko kesan sampingan.

Antibiotik ini juga tidak memberi kesan pemulihan kepada usus yang rosak. Usus rosak ini perlu dipulihkan supaya gluten tidak boleh menembusi usus ke sistem peredaran darah.
.

PANTANG GLUTEN.

Gluten memberi kesan kepada SEMUA ORANG mengikut kajian awal Dr Alessio Fasano, pakar gastro pengkaji gluten terkemuka dunia.

 Mereka yang mempunyai penyakit usus "celiac" WAJIB pantang seumur hidup. Mereka yang sensitif pula perlu pantang terutamanya jika mengalami keradangan dikaitkan gluten.

Salah satunya ialah "DERMATITIS HERPETIFORMIS"

Keradangan kulit disebabkan alergi kepada gluten.
.

SOLUSI PESAKIT RADANG KULIT.

1) Pantang gluten dan makan perosak perut lain untuk menyekat "kebakaran" kulit disebabkan musuh tidak sepatutnya iaitu GLUTEN masuk melalui benteng lapisan usus.

Hentikan serangan dengan menghentikan menyuap mulut anak-anak dengan gluten jika kita kesian kondisi kulit anak yang sensitif gluten.

Gluten sendiri bukan zat yang boleh digunakan badan dan makanan bergluten kebiasaannya bukan makanan padat nutrisi. Cara permulihan ini juga amat murah dan tidak melibatkan wang kecuali jika kita sangap gluten.
.

Bagi yang sensitif, selepas pulih gluten boleh diambil dengan kadar sederhana dan terkawal.
.

2) Pantang makanan lain yang MEROSAKKAN perut dan juga makanan yang meningkatkan SENSITIVITI perut/usus

3) Kurangkan makanan meningkatkan stres dalaman.

Minimakan stres persekitaran dan juga emosi toksik yang juga merosakkan perut/usus.

(4) Ambil makanan/suplemen antiradang yang mengurangkan keradangan dan mencepatkan pemulihan usus.
.

AWAS: Banyak makanan antiradang ini juga terdiri daripada makanan no (2) dan (3) dan mungkin mengandungi (1).

.
Berdoalah agar kita pulih dan terlindung daripada kerosakan disebabkan tangan-tangan kita sendiri nauzubillah min zalik.

.
.

Ikhlas,

Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan.

.
.

Artikel ini tidak bertujuan mendiagnosa dan hanya sebagai pengetahuan am. Untuk diagnosis dan rawatan, berjumpalah dengan doktor perubatan berdaftar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

2 Lagu Sabahan Yang Popular